Quantcast
Channel: KDL
Viewing all 19707 articles
Browse latest View live

Masa manakah orang kenamaan patut guna pasukan pengiring dan tahan pengguna jalanraya untuk beri laluan padanya

$
0
0
Undang-undang bagus pelaksanaan hangus

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/03/Kereta-rasmi-Najib-meninggalkan-Istana-Negara-pagi-ini.jpg
Pasal buat undang-undang, Kunta Kinte rasa negara kita kelas dunia. Tak ada undang-undang yang kita tak ada. Lagi-lagilah masa parti yang memerintah ada suara dua pertiga di Parlimen dan boleh luluskan undang-undang dengan mudah. Tapi bila sampai masa kuatkuasakan undang-undang dah jadi lain.

Ambil contoh undang-undang penjagaan alam sekitar. Kitalah antara negara paling awal buat undang-undang berkenaan alam sekitar untuk jaga alam semula jadi dan cegah macam-macam pencemaran, termasuklah pencemaran udara dan bunyi.

Sekarang Menteri ramai orang muda, Ketua Setiausaha Negara muda dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian muda. Boleh jadi mereka tak tahu atau tak ambil peduli idealisme pemimpin, pentadbir dan pemikir masa lampau yang rangka rang undang-undang itu.

Bukan Menteri dan orang besar saja sibuk dan nak sampai cepat. Rakyat jelata yang bawa kereta tua pun sibuk juga. Mereka pun nak cepat sampai juga”

Kunta Kinte dah tua. Masa rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen pada tahun 1974, Kunta Kinte dah lebih lima tahun jadi pemberita dan terbabit buat liputan mengenainya.

Tapi makin hari alam semula jadi dan persekitaran kita makin pupus, kotor dan bising. Udara dan air makin cemar. Pokok asal ditebang buat balak. Pokok yang kita tanam zaman Tunku Abdul Rahman, zaman Tun Hussein Onn dan paling banyak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pun ditebang juga. Yang paling baru jadi mangsa adalah pokok-pokok tepi Lebuh Raya Persekutuan depan Angkasapuri.

Hutan paya dan hutan bakau yang jadi takungan air dan benteng cegah hakisan pantai pun dimusnahkan juga untuk perumahan, industri dan pertanian. Tak hairanlah masalah banjir, kekurangan air dan jerebu makin tahun makin teruk.

Tak cukup dengan itu, kita tambah pula dengan pencemaran bunyi. Sudahlah bunyi kenderaan tambah teruk sebab makin banyak kenderaan bermotor di jalan raya, sekarang diburukkan lagi oleh pemasangan haram serombong asap yang besar dan kuat bunyinya.
Pihak berkuasa tak ambil hal

Kunta Kinte tak tahulah apa nak jadi. Yang Kunta Kinte nampak, pihak berkuasa macam tak ambil hal sedangkan kalau ikut fahaman Kunta Kinte, kita tak boleh tukar alat yang dipasang oleh kilang sesuka hati.

Sekarang ini ekzos haram dah jadi kebiasaan. Kunta Kinte pun tak tahu piawaian mana yang mereka guna. Lagi kecil kereta, lagi besar ekzos haram yang dipasang.

Tak cukup dengan ekzos besar, ada pula yang secara haram pasang lampu kelip-kelap merah-biru serta siren seakan-akan kereta polis. Yang peliknya, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) macam buat tak nampak.

Kadang-kadang Kunta Kinte terfikir juga benda-benda tak elok dan syak wasangka. Adakah polis, JPJ, kastam dan sebagainya berpakat dengan kedai-kedai perhiasan kereta yang import dan jual peralatan ini?

Atau ini satu lagi cerita Cina jual Melayu beli macam masa Perang Korea bila harga getah naik dan orang Melayu banyak duit. Cina suruh beli peti ais, Melayu pun beli. Bawa balik rumah isi pakaian pasal tak ada elektrik.

Anak borek bapa rintik

Kalau pelumba haram dan budak-budak rempit yang tak faham atau tak hormat undang-undang buat, satu hal lah. Tapi akhir-akhir ini Kunta Kinte tengok dah jadi macam anak borek bapa rintik. Orang pandai dan orang kenamaan pun buat juga.

Ada yang dulu tak pernah ada pengiring polis, sekarang ada. Tak boleh guna polis biasa, guna polis bantuan. Tak boleh guna polis bantuan, guna pengiring bandar raya.

Kita tahulah jalan raya kita sesak dan orang besar kita sibuk. Tapi adakah patut kita guna pengiring polis, pengiring bandar raya, pengiring polis bantuan dan pengiring polis tentera sesuka hati?

Yang baru sekali, Kunta Kinte tengok orang besar dan orang kenamaan pun dah mula pasang siren dan lampu kelip-kelap dalam kereta mereka. Kalau pelumba haram dan budak-budak rempit pasang, lain cerita lah. Ini orang besar, orang kenamaan dan orang cerdik.

Tak tahulah Kunta Kinte kalau ada undang-undang yang Kunta Kinte tak tahu yang kata boleh pasang dan boleh melalak di jalan raya.

Mereka tak berasa malu dan segan kah? Orang tengok. Rakyat jelata perhati. Bukan Menteri dan orang besar saja sibuk dan nak sampai cepat. Rakyat jelata yang bawa kereta tua pun sibuk juga. Mereka pun nak cepat sampai juga.

Takkanlah orang kenamaan dan orang besar kita tak tahu malu alah? Takkanlah semua nak guna kedudukan dan nak tunjuk kuasa. Orang sakit hati, sakit mata dan marah tengok perangai dan lagak macam ini.

http://www.utusan.com.my/pix/2010/1213/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_12.1.jpgMaaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, Kunta Kinte tak akan bagi laluan kalau bukan kenderaan kecemasan yang berjadual macam polis, ambulans, bomba dan pertahanan awam. Kalau setakat Menteri atau Datuk Bandar, Kunta Kinte kata maaflah.

Yang Kunta Kinte hairan dan sedih adalah makin maju negara, makin ramai cerdik pandai dan makin banyak saluran perbahasan, makin berkelas-kelas pula masyarakat kita.

Masing-masing nak tunjuk pangkat dan kuasa sampai dah nampak seolah-olah budi pekerti, akhlak, malu alah, undang-undang serta peraturan tak berguna dan tak berkesan lagi. Wallahuaklam.

E-mel ke rencanabh@bh.com.my untuk berkongsi pendapat anda

Tarif TNB : Bagi SUBSIDI untuk IPP boleh, nak bagi SUBSIDI untuk RAKYAT haram tak boleh..!!

$
0
0
Subsidi IPP 'berdosa', tak dapat dimaafkan: Ku Li

 
Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan", kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Bekas menteri kewangan berkata, walaupun subsidi barangan pengguna bukan cara terbaik menangani kos sara hidup yang tinggi, ia masih lagi dapat diterima.

"Perkara yang tidak boleh dimaafkan dan berdosa adalah betapa mudahnya pihak berkuasa memberikan subsidi kepada pembekal tenaga nasional, pembekal tenaga bebas, dan organisasi bukan berkaitan tenaga yang lain.

"Yang menyedihkan adalah sewaktu pembekal tenaga ini berterusan menikmati harga petrol disubsidi, petroleum kepada pengguna - yang didakwa menelan belanja RM14 bilion pada tahun 2011 di pihak kerajaan - dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," kata Tengku Razaleigh di ibu kota semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li itu mengulas pemberian subsidi petroleum oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak mampu untuk membeli bahan bakar itu pada harga pasaran yang sebenar.

Bekas pengerusi Petronas merangkap MP Gua Musang itu turut mengkritik cara kerajaan menguruskan pendapatan badan korporat nasional tersebut.

Memetik statistik daripada buku yang dilancarkannya, Tengku Razaleigh berkata hampir separuh trilion yang telah disumbangkan syarikat itu sejak tahun 1974 sehingga 2011 sepatutnya dimanfaatkan untuk menubuhkan tabung khas program pencen nasional seperti dilakukan sesetengah negara Scandinavia.

Namun beliau kesal apabila sebahagian daripada wang itu sebaliknya digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan iaitu Bank Bumiputra sebanyak dua kali pada tahun 1985 dan 1991 melibatkan wang sebanyak RM3.5 bilion.

Tambahnya, Petronas juga digunakan untuk menjamin pembinaan Menara Berkembar Petronas sebanyak RM6 bilion dan membina Putrajaya sebanyak RM22 bilion.

"Tindakan bermewah-mewah yang dipaksa ke atas Petronas ini menafikan syarikat ini daripada mengumpul rizab tunai untuk pelaburan semula bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

"Adalah penting buat Petronas untuk melihat ke hadapan dalam meneroka pelaburan dalam perniagaan selain minyak dan gas apabila mengambil kira sifat hidrokarbon sebagai sumber yang terhad," katanya.

Namun kini, Petronas digunakan sebagai tabung kecemasan oleh kerajaan apabila ia terdesak memerlukan wang, kata Ku Li lagi.

Sebenar Najib pie rumah Mat Said, pandai-pandai pulak kata tak pie..!!

Antara TNB & IPP di Malaysia- Siapa Untung Siapa Rugi?

$
0
0
http://beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2011/11/ipp11.jpg
Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?

Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam.
Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu.

Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara

Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :

Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
Ananda Krishnan (Maxis)
Lim Goh Tong (Genting)
Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)

Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :

Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)

Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :

http://1.bp.blogspot.com/-GoUoHQBQ8io/TfYrb1qxsPI/AAAAAAAALKQ/8Bmtnm6bdbE/s400/20091005_ipp_ytl.jpgTNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik

Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.

Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.

Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.


Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas. Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.

Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada

RM16.974 billion (tahun 2009)
RM17.379 billion (tahun 2010)

Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.

Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :

Beli gas pada harga subsidi (sangat-sangat murah) daripada Petronas sedangkan Petronas beli pada harga pasaran dari Lapangan West Natuna, Indonesia..

Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPP. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun yang sepatutnya keuntungan mampu dicapai pada angka yang lebih tinggi TNB MESTI BELI tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak sebanyak 16 sen seunit (kWh) Sedangkan TNB boleh hasilkan tenaga pada kadar yang lebih murah iaitu pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan boleh dijual kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh) TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain Tarif elektrik naik dan akhirnya rakyat Malaysia yang terkesan Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia?

Punca Dyna Sofya Dipilih Sebagai Calon DAP Di PRK Teluk Intan Tersebar

$
0
0


Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini diumumkan sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi membuktikan kepelbagaian DAP sebagai sebuah parti politik.Dalam ucapannya, Dyana menyentuhkan usaha memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai untuk "teh tarik' Malaysia yang digemari semua orang.

Dyana Sofya merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang. Sebelum ini, kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang dipilih sebagai wakil rakyat.Mereka termasuk ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan ahli exco Ean Yong Hian Wah, exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei. Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.Bagi kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.

Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Dalam konteks politik serantau, Dyana dilihat sebagai calon kompromi kepada Hew, yang dikenali sebagai pesaing kuat kepada pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming. ~mk

Cara mudah nak jadi Billionaires di Malaysia.. Hutang sahaja kerajaan Malaysia..!!

Bahaya & Kesan makan MEE SEGERA

Awat selalu sangat kes keracunan makanan kat budak sekolah nie?

$
0
0

17 pelajar keracunan

ALOR SETAR - Sejumlah 17 pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dekat sini dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang selepas mengadu sakit perut dan muntah-muntah setelah makan mi goreng di asrama sekolah itu semalam.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Ismail Abu Taat berkata dalam kejadian itu, 26 pelajar keracunan makanan iaitu 16 lelaki dan 10 perempuan pada kira-kira 10 malam namun hanya 17 pelajar dibawa ke hospital berkenaan.

"Hanya 17 daripada mereka yang mendapat rawatan di hospital sebagai pesakit luar selepas dipercayai makan mi goreng di kantin asrama sekolah itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya telahpun melakukan pemantauan di kantin sekolah itu dan mengarahkan pengusaha terbabit menghentikan operasi buat sementara waktu sehingga penambahbaikan berkaitan kebersihan dilakukan. - Bernama


Jenuh la hangpa nak lawan, Raja Bomoh muncul dipencalonan calon BN untuk bagi "restu"

$
0
0

Raja Bomoh muncul untuk 'restui' calon BN

Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin hari ini muncul di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk, dan mendakwa dia berada di sana untuk "merestui" calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Ibrahim, yang menjadi terkenal selepas melakukan upacara di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac.

Anak kelahiran Perak, beliau juga telah melakukan upacara berhampiran Kampar, Perak di mana bekas pemimpin DAP Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," katanya kepada Malaysiakini, sambil mengakui tidak mendapat jemputan ke majlis tersebut.

Beliau memakai sut serta bertali leher, bersama tanda namanya dan pin 1Malaysia.

Bagaimanapun, pemangku ketua Gerakan bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee berkata BN tidak menjemput Ibrahim datang ke majlils tersebut.

"Kami tak nampak dia berada di sana, dan kami tidak tahu mengenai kehadirannya hari ini," katanya ringkas.

Ibrahim bagaimanapun tidak menjalankan sebarang upacara dengan Mah dan hanya memantau dari jauh.

Seminar merungkai persoalan fiqh diadakan di Jitra pada 21 Jun nanti

$
0
0
Seminar merungkai persoalan fiqh 
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai seminar berkenaan

ALOR SETAR - Persatuan Profesional Muda Islam Malaysia (Promis) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Fiqh Islam Semasa Negeri Kedah 2014 pada 21 Jun depan di Bustani Hotel, Jitra.

Antara objektif penganjuran seminar itu untuk merungkai permasalahan dan persoalan fiqh semasa dalam masyarakat merangkumi fiqh politik, dakwah dan tarbiah, fiqh kewangan dan perbankan islam, fiqh perundangan dan perlembagaan serta fiqh aqidah umat Islam.

Selain itu, pengarah program, Mohd Nazimi Zaim Ismail berkata, seminar itu juga untuk memupuk masyarakat cintakan ilmu secara kolektif dan komprehensif serta menggabung jalinkan antara aliran pemikiran tradisional dengan modernis.

“Ini satu usaha bagi membudayakan dan menyuburkan konsep ilmu melalui ruang seminar, diskusi dan wacana di peringkat negeri Kedah. Usaha ini juga adalah ke arah menjadikan umat Islam sebagai Ummatan Wasata dalam pelbagai disiplin pemikiran yang wujud,” katanya.

Bagi menjayakan program tersebut, seramai lima pembentang seminar disediakan penganjur dengan pelbagai tajuk menarik.
Antara pembentangnya adalah Dr Mazslee Malik (Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia); Mohd Aizam Masod (Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan & Penyelidikan (Seksyen Akidah), Jakim; Hasrizal Abdul Jamil (Pendakwah dan Penulis di www.saifulislam.com); Ramadhan Fitri Ellias (Ketua Jabatan Pengurusan Syari’ah,  Maybank Islamic Berhad) dan Dr Abdul Aziz Bari (Prof Undang-undang, Unisel).

Mohd Nazimi berkata, antara fiqh semasa yang akan bentangkan seperti Kewangan, Muamalah dan Perbankan Islam, Realiti Kefahaman Pemikiran Aqidah Umat Islam di Malaysia dan Perbandingan Politik Nilai Antara Dunia Barat Vs Islam: Sejarah dan
Masa Hadapan.

“Sehubungan itu, Promis mengalu-alukan orang ramai khususnya pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar, guru pondok, imam, kakitangan kerajaan atau swasta, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mendaftarkan diri sebagai peserta.

“Setiap penyertaan individu ke seminar ini dikenakan yuran RM80 seorang (dewasa), RM75 (berkumpulan lima orang), RM60 (seorang pelajar IPT) dan RM50 (berkumpulan lima orang pelajar IPT).

“Yuran penyertaan itu merupakan harga promosi yang dibuka tarikh 6 Jun, manakala selepas tarikh tersebut yuran dikenakan sebanyak RM100 bagi setiap individu,” katanya.

Nama sahaja HARI GURU, namun JPN Kedah tetap suruh cikgu mengajaq macam hari biasa

$
0
0
Guru kecewa arahan JPN Kedah

Guru kecewa arahan JPN Kedah 
Seorang guru menunjuk surat pekeliling yang diterima sekolah dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengenai peraturan menyambut Hari Guru di Kedah.

POKOK SENA - Arahan supaya tidak menggabungkan pelajar sesi pagi dan petang bagi sambutan Hari Guru pada 18 Mei ini, seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling mengecewakan warga guru di sini.

Beberapa guru yang ditemui berkata, arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah itu menyebabkan sambutan itu akan jadi kurang meriah berbanding menghimpunkan seluruh guru dari sesi pagi dan petang yang menjadi tradisi sejak dahulu lagi.

Majlis itu juga tidak dapat lagi menyatukan semua guru bagi meraikannya dengan mengadakan sukaneka atau pementasan seperti kebiasaan sekali gus menjarakkan lagi jurang antara guru bagi dua sesi.
Difahamkan, tindakan itu juga menyebabkan penganjur terpaksa membuang masa bagi menyediakan majlis tahunan itu sebanyak dua kali iaitu sesi pagi dan petang. Penyediaan dua kali bagi meraikan majlis itu juga turut memerlukan kos tinggi berbanding sebelum ini.

Menurut surat pekeliling itu juga, pada hari tersebut guru dimestikan mengikut dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sebelum masa rehat.  Arahan ini juga turut dikatakan akan membebankan guru dalam melaksanakan Hari Guru.

Jika guru terpaksa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebelum waktu rehat, sudah pasti sukaneka terutamanya yang membabitkan acara padang pada waktu pagi bersama pelajar tidak dapat dijayakan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Menurut beberapa guru, arahan ini juga sangat berbeza dengan Hari Guru di negeri lain.

Oleh itu, adalah lebih wajar Hari Guru disambut seperti sebelumnya supaya seluruh guru dan pelajar dapat bersama bagi mengeratkan lagi hubungan seperti sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Cawangan Kedah, Wang Heng Suan berkata, pengetua perlu bijaksana dalam mengarahkan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebelum rehat seperti yang diarahkan.

“Adalah tidak wajar pada hari itu diadakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sebelum rehat kerana selama ini mereka sudah banyak memperuntukkan masa untuk mengajar.

"Oleh itu adalah tidak salah jika mereka mahu gembira bersama pelajar bagi meraikan hari tersebut,” katanya.

Bagaimanapun beliau bersetuju dengan sambutan yang diadakan bagi dua sesi kerana bagi sekolah yang kecil apabila semua pelajar dari sesi pagi dan petang dihimpunkan sudah pasti akan menimbulkan kesesakan.

Katanya, apabila seluruh pelajar dihimpunkan dalam sesebuah dewan, sudah pasti akan menimbulkan masalah terutamanya bagi sekolah yang mempunyai kemudahan terhad.

Soalan Untuk AHLI PARLIMEN tanya bapak menteri berkenaan "cermin gelap"

$
0
0
Abdullah AR

http://paultan.org/images.paultan.org/proton-exora-launch/exora-side.jpg
Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?

• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?

• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.

• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?

• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.

• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.

• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya:

APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?

Jika BOLEH:

Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.

Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang.. Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.

Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.

Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.

Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.

Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.

P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.

Mat Said bagi amaran kepada BN Ganu..!!

$
0
0
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk lebih berhati-hati mengendalikan kerajaan negeri itu kerana ia rapuh.

Ahmad yang ditemui di kediamannya pada majlis perkahwinan anak perempuannya di Kemaman, Terengganu berkata, dalam tempoh empat tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai perkara boleh berlaku kepada negeri itu.

"Keadaan politik Terengganu rapuh, uruskan dengan cermat, macam-macam boleh berlaku dalam empat tahun," katanya kepada pemberita.

Ketika ditanya maksud "rapuh" yang dikatakannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu hanya berkata:"Kamu pemberita, sepatutnya kamu tahu, (kedudukan kerusi) 15:17."

BN kini memiliki 17 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, dengan baki 15 lagi menjadi milik Pakatan Rakyat (PR).

Tindakan Ahmad bersama Adun Bukit Besi, Roslee Daud dan Adun Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan diri menjadi Adun Bebas memberikan risiko BN kehilangan Terengganu pada 13 Mei lalu.

"Kalau kita bawa barang dalam kapal terbang, barang itu rapuh, kita perlu balut betul-betul, dan letakkan pelekat 'mudah pecah',” katanya.

Ahmad berkata, meskipun salah faham berkenaan tarikh perkahwinan anak perempuannya itu menjadi punca kepada krisis politik Terengganu, beliau menjelaskan isu berhubung perkara itu adalah "kesilapan cara."

"Saya katakan kita tiada masalah, hanya cara sahaja silap. Perjuangan kita belum selesai.

"Saya hanya susah hati bila ia melibatkan anak saya, bagi saya sendiri tidak, saya ‘fighter’," katanya.

Ahmad berkata, beliau akan meninggalkan arena politik pada PRU14 apabila menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, sudah tiba masa untuk beliau berehat bersama keluarga setelah menjawat jawatan menteri besar Terengganu.

"Saya tidak mahu jadi calon (PRU14). No sorry. Cukup setakat di sini, cukup setakat yang saya ada.

"Saya tiada perancangan. Sekarang hendak rehat dulu dengan anak dan isteri," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir di kediaman Ahmad hari ini bagi memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.

Najib tiba dengan menaiki helikopter dari Pekan, Pahang sekitar jam 1.10 petang tadi.

Salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuan Ahmad dengan Najib menjadi punca bekas menteri besar itu mengisytiharkan beliau keluar daripada Umno bersama dua Adun lain.

Tindakan itu dilakukan sehari selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu Terengganu menggantikan Ahmad.

Bagaimanapun, isu itu selesai kurang 48 jam berikutnya apabila Najib dan Ahmad saling bermaafan.

Pada majlis itu, Najib turut menepung tawar pasangan pengantin Nor Ashahirah, 27, dan suaminya Mohd Shahirpaul Redzuan Musa, 28.

Majlis ijab kabul kedua mempelai berlangsung pada 9 Mei lalu di Kuala Terengganu.

Turut hadir pada majlis perkahwinan tersebut adalah Ahmad Razif, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman, serta Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga ahli Parlimen Besut. ~tmi

MH370: Selepas 71 hari, khabar angin masih kuat berlegar

$
0
0
KUALA LUMPUR: Tujuh puluh satu hari telah berlalu tetapi khabar angin mengenai nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 masih 'berlegar' dalam ruang media.
  
Yang terbaru ialah berpandukan Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang didakwa tidak pernah dibincangkan sejak kehilangan pesawat dan oleh sebab ia tidak pernah memancar apa-apa isyarat, timbul spekulasi bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik.
  
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.
  
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.
  
"Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.
  
"Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi," beliau menjelaskan.
    

Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.
  
ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.
  
"Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak,  trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air," kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.
  
Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.
  
Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.
  
ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.
  
Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.
  
"Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan," katanya.
  
Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.
  
"Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratanya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah," katanya.
  
Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.
  
"Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,” tambah beliau.
  
Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdon, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.
  
"Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.
  
"Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas permukaan laut," katanya. - BERNAMA

Apabila KETUA WANITA UMNO memperlekehkan calon wanita dari DAP..!!

$
0
0
Guan Eng: Shahrizat pun main kotor

 
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyelar ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang didakwanya mematahkan semangat golongan wanita menyertai politik melalui kritikan ke atas calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud

Lim berkata, kenyataan Shahrizat yang menyifatkan Dyana Sofya sebagai "kosmetik" dan "alat serta boneka DAP" itu merupakan taktik kotor untuk mematahkan semangat golongan wanita dari menyertai politik.

"Saya ingat hanya orang lelaki main kotor, orang perempuan pun main kotor juga," katanya dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang pada malam tadi.

"(Shahrizat Abdul Jalil) kata calon Teluk Intan kita Dyana Sofya Mohd Daud hanyalah kosmetik dan boneka.

"Siapa yang kata begini? Itu ketua Wanita Umno sendiri, dan siapa dia? Dia tidak bercakap tentang lembu, tapi tentang kosmetik sekarang," katanya.

Beliau merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation melibatkan anggota keluarga bekas menteri itu.

Laporan akhbar hari ini menyebut, Shahrizat berkata tindakan DAP mengumumkan Sofya sebagai calon pilihan raya kecil tersebut sebagai lakonan.

Katanya, beliau kasihan denghan Sofya yang menurutnya membiarkan diri diperalatkan.

"Pelantikan itu dianggap sebagai lakonan. Seperti biasa, pemimpin DAP penuh dengan lakonan. Saya kasihan dan simpati dengan calon itu kerana dia telah dipermainkan.

"Saya juga kasihan kerana dia sanggup membiarkan dirinya menjadi alat dan bonek kepada DAP.

"Keterbukaan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon mereka bagi PRK Parlimen Teluk Intan hujung bulan ini dilihat hanya kosmetik dalam menggambarkan parti itu tidak bersifat cauvinis," katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Kenyataan itu timbul selepas Lim mengumumkan peguam muda itu sebagai calon DAP untuk pilihan raya kecil itu.

Dyana Sofya, 27 bakal berdepan dengan presiden GERAKAN Mah Siew Kong, 53, seorang bekas timbalan menteri.

Keberanian DAP Yang Tiada Pada BN

$
0
0
Shahbudin Husin, 

Siapa calon daripada BN dan PR yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, 31 Mei depan sudah pun diketahui. DAP yang mewakili PR telah pun memutuskan untuk meletakkan seorang yang masih muda, Dyana Sofya yang baru berusia 27 sebagai calonnya manakala BN yang diwakili Gerakan pula mengekalkan calonnya yang kecundang dalam pilihanraya umum lalu, Mah Siew Keong sebagai pilihannya.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon DAP Seah Leong Peng telah menewaskan Mah Siew Keong dan seorang lagi calon Bebas dengan majoriti 7,313 undi. Dengan masing-masing sudah mengumumkan calonnya, pilihanraya kecil ini bukan saja menjanjikan persaingan sengit, lebih penting daripada itu beberapa elemen menarik juga terserlah dalam pilihanraya ini.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam pilihanraya kecil ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan. Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.

Berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan. Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama.

Laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

Ini jelas berbeza dengan PR. Dalam waktu terdekat ini, sudah dua kali mereka melakukan perubahan dan menunjukkan batasan kaum bukanlah persoalan dalam memupuk keharmonian dan kesatuan serta mencipta kemenangan. Dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bulan lalu, apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, calon yang menggantikan tempatnya ialah Melayu iaitu Dr Wan Azizah yang mengambil alih tempat Anwar Ibrahim kerana adanya halangan undang-undang untuk bertanding.

Namun, PR masih mampu mengekalkan kemenangan cemerlangnya.

Dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, giliran DAP pula melakukan pembaharuan dan transformasi. Walaupun sejak dua penggal lalu, DAP meletakkan bangsa Cina di kawasan itu, namun kali ini parti itu menunjukkan keberaniannya dengan meletakkan calon Melayu pula.

Dengan komposisi pengundi Cina 42 peratus, Cina 38 peratus dan India 19 peratus serta kemenangan dalam pilihanraya lalu hanya dengan majoriti 7,313 undi serta cabaran yang bakal dihadapi pula ialah calon daripada parti kerajaan yang tentunya banyak jentera dan peruntukan kewangan bakal diturunkan, keberanian DAP ini seharusnya diberikan pujian dalam konteks memupuk perpaduan dan keharmonian.

Bilakah BN ada keberanian seperti ini?

Selain itu, keberanian DAP juga terserlah apabila memlilih Dyana Sofya yang hanya berusia 27 tahun sebagai calonnya. Berbanding calon Gerakan yang sudah berusia 53 tahun, pemilihan seorang anak muda ini sekali lagi mempamerkan keberanian DAP yang menunjukkan mereka sebuah parti yang memandang ke hadapan.

Di manakah tempatnya seorang anak muda berusia 27 jika di dalam UMNO atau parti-parti komponen BN yang lain? Mungkin hanya menampal poster dan menjalankan kerja-kerja tidak penting saja.

Sementara para pemimppin UMNO, BN dan kerajaan menyedari nipisnya sokongan pengundi muda kepada mereka serta menyedari hampir separuh daripada pengundi dalam pilihanraya akan datang adalah golongan muda serta 3.5 juta adalah pengundi yang pertama kali menunaikan tanggungjawab, malangnya majoriti calon BN yang ada sudah menginjak senja.

Kecuali Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim dan beberapa kerat yang lain, majoriti wakil rakyat dalam BN adalah golongan berusia dan sudah senja tetapi masih mahu mendakap kuasa.

Berbanding dengan PR pula, kecuali beberapa kerat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang, majoriti yang selebihnya adalah golongan muda dan masih belia.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika pengundi muda lebih tertarik kepada PR berbanding BN.

Jika sebelum ini PR sudah ada Rafizi Ramli, Nurul Izzah serta beberapa yang lain sebagai ikon golongan muda, penampilan Dyana Sofya menambahkan bilangan dan cengkaman mereka kepada golongan tersebut. Tetapi siapa ikon golongan muda yang ada dalam BN?

Pilihanraya kecil Teluk Intan dan keberanian DAP menonjolkan Dyana Sofya, semoganya memberi banyak kesedaran kepada UMNO dan BN jika ingin terus berkuasa lagi. (SH 17/05/2014)

PRK Teluk Intan, PAS akan terus berdakwah... dan terus berdakwah.... hidayah kerja ALLAH swt..!!

$
0
0
Oleh : Dr Azman Ibrahim

PAS ada usrah, DAP tak ada usrah. PAS ada kuliah maghrib, kuliah isyak, kuliah subuh, kuliah dhuha dan kuliah zohor. Pemimpin DAP hadir kuliah masa belajar di universiti. PAS ada tamrin, liqa fikri, rehlah dan mukhayyam. Tak pernah dengar lagi DAP buat tamrin. PAS ada masjid, surau dan markaz tarbiyah. Tempat-tempat ibadat sebegini bukanlah identiti parti DAP walaupun ahlinya terdiri dari pelbagai latar belakang agama yang mempunyai kepatuhan beribadat yang tersendiri. PAS adalah parti Islam, DAP bukan parti Islam.

Jadi kalau DAP tak sama dengan PAS, sebab apa pula yang PAS bertahaluf dengan DAP?

Kita bertahaluf dengan makna kita bersetuju dan bekerjasama dalam perkara yang disepakati bersama dan kita juga bersetuju dalam perkara yang tidak disepakati bersama. PAS tetap PAS dan DAP tetap DAP. Bukan semua perkara kita sepakat dan bukan semua perkara kita tak sepakat.

Walaupun begitu, oleh kerana PAS adalah sebuah parti dakwah di samping siyasah dan tarbiyah, tentunya peluang untuk berdakwah kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat tak disia-siakan.

Dakwah ini ada dua iaitu dakwah kepada non muslim dan dakwah kepada sesame muslim. Alhamdulillah, telah ramai pemimpin DAP yang mula memahami Islam walaupun belum memeluk Islam. Mereka juga seringkali merujuk makna dan maksud ayat-ayat al Quran dengan pimpinan PAS. Ada yang tidak canggun lagi memetik ayat-ayat Quran dalam ucapan. Hah! Nanti ada pula yang kata, mana boleh biar orang kafir buat main dengan ayat Quran!! Saya nak tanya balik, mana dalil orang kafir tak boleh baca ayat Quran? Bila pula pemimpin DAP buat main dengan ayat Quran?

Ada Lim Guan Eng sekat peruntukan untuk Majlis Agama Islam Pulau Pinang? Yang saya dengar, makin banyak peruntukan, adalah! Kisah Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu, Perak yang memohon tanah dari kerajaan Umno Perak, tetapi tak dihiraukan akhirnya diluluskan dengan keluasan lebih 2 kali ganda dizaman kerajaan PR Perak dengan sokongan dari EXCO DAP. Banyak lagi kalau kita nak bebelkan. Tapi itu bukan fokus tulisan ini.

Selama Umno berkawan dengan MCA, Gerakan dan MIC, ada Umno tolong perkenal sepatah ayat Quran kepada kawan-kawan mereka? Ada Chua Soi Lek, Sammy Vellu, Koh Tsu Koon pernah rujuk makna ayat-ayat Quran atau hadis dengan Mahathir, Pak Lah atau Najib? Dengan Nazri Aziz, tentu Chua Soi Lek tak akan rujuk hal agama. Ataupun ada mana-mana pemimpin komponen BN yang mari mengadap Fathul Bari minta tolong perjelas bab Islam?

Saya yakin, medan PRK Teluk Intan juga akan jadi medan dakwah baru bagi PAS. Bukan setakat dakwah kepada penyokong BN tetapi juga dakwah kepada calon DAP yang mewakili PR. Sebagaimana biasa, jentera PAS akan turun membantu. Yang paling hebat di lapangan adalah jentera kempen muslimat PAS. Tuan-tuan akan dapat melihat sendiri nanti, bagaimana perubahan penampilan akan berlaku bila calon DAP PRK Teluk Intan turun berkempen bersama jentera muslimat PAS.

“Aaahh! Pakai tudung tak ikhlas tu, kerana politik!” Mesti akan ada orang kata begini. Ikhlas tak ikhlas itu urusan dia dengan Allah. Dari segi PAS, kita jalankan tanggungjawab dakwah. Kekuatan peribadi, akhlak dan penampilan muslimat PAS akan memaksa orang lain juga menutup aurat seperti mereka. Tapi lebih baik orang pakai tudung, tak ikhlas dari orang yang tak pakai tudung dan tak ikhlas.

YB UMNO BN Langkawi cadangkan subsidi minyak dihapuskan sebab k'jaan rugi bila ia diseludup ke Thailand

$
0
0

Awat BODOH PIANG sangat YB LANGKAWI nie...
Kalau penguatkuasaan itu tegas ......pasti subsidi minyak ini tidak terjejas,kalau asyik naik ja minyak.....tak mustahil rakyat naik minyak pulak.....sebagai contoh meletak kan PGA atau tentera di station minyak kita di sempadan2 berhampiran, dan juga perkenalkan sistem pendaftaran pembelian minyak petrol atau pon diesel sepuya mudah kita kesan siapa dalang penyeludup ni...

Pusing kot mana pun ambik jalan mudah kerat yang rakyat punya... Sudah2 la orang LANGKAWI angkat YB BANGANG nie....

Tun Mahathir kata "ada orang sedang sembunyikan sesuatu" berkenaan kehilangan MH370

$
0
0
‘Seseorang sedang sembunyikan sesuatu’, teori konspirasi baru MH370 Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad menuntut Boeing menjelaskan ‘sistem pendaratan auto anti keganasan’ bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mei, 2014.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi menurut beliau, "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."

Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing yang menjadi pembuat pesawat ini dan juga Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir berkata demikian dalam kolumnya Chedet hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir ini membangkitkan teori baru konspirasi tentang kehilangan pesawat yang mendapat fokus seluruh dunia ini.

Sebelum ini, ketika Malaysia menghadapi krisis kewangan, Dr Mahathir juga mempunyai teorinya sendiri apabila mendakwa George Soros menyebabkan mata wang Malaysia jatuh merudum.

Dalam kes ini, Dr Mahathir berkata, apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.

"Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tulis Dr Mahathir merujuk kepada kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang kini sudah lebih dua bulan hilang.

Bagi beliau, adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau “ping” daripada kotak hitam.

"Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya," tulis Dr Mahathir, perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat itu.

Beliau menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai "sistem pendaratan auto anti keganasan".

"Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu," kata Dr Mahathir. – 18 Mei, 2014.

Nasihat Karpal, krisis Terengganu dan politik biskut

$
0
0
– Suhaizan Kaiat

May 17, 2014
“Truly there are no permanent friends nor enemies in politics. But there must be permanent principles” – Karpal Singh (1940-2014).
http://4.bp.blogspot.com/-u7o7yAFS5lg/Ti1_cKdZy1I/AAAAAAAAAMM/TzhJkwmzSsE/s1600/3880744960_c9cccb1c40.jpgSituasi politik Terengganu baru-baru ini mencuri perhatian seluruh warga tanah air khususnya bagi mereka yang cakna dan mengikuti perkembangan politik semasa.

Apa tidaknya, dalam “kemeriahan” warga Malaysia membincangkan isu hudud yang dilemparkan kerajaan pusat dan disambut oleh kerajaan negeri Kelantan, datang isu pertukaran menteri besar Terengganu disulami gimik “selamat tinggal Umno” para Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka.

Ia barangkali suatu rutin politik. Muncul momentum Kajang Move yang disifatkan langkah “check-mate” oleh PKR dan Pakatan Rakyat, dileyapkan dengan keputusan bersalah Anwar Ibrahim dalam isu liwat 2 oleh Mahkamah Rayuan. Ia tidak terhenti di situ.

Gelombang Reformasi 2.0 pula cuba digembleng namun dilenyapkan pula oleh isu kehilangan pesawat MH370. Teori demi teori diketengahkan berhubung kehilangan misteri pesawat ini namun ia menjadi suram semula dengan kedatangan isu perlaksanaan hudud di Kelantan. Kini, orang sudah mula juga diam dengan hudud lantaran berkocaknya politik kerajaan negeri Terengganu!

Rakyat dikejutkan dengan perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu pada 12 Mei 2014 diikuti pengumuman beliau keluar Umno pada keesokan harinya bersama-sama Adun Ajil Ghazali Taib.

Keadaan bertambah buruk buat Umno apabila Adun Bukit Besi Roslee Daud pula membuat pengumuman keluar Umno pada hari yang sama. Kerusi DUN Terengganu ketika itu menjadi kritikal dengan 14 BN, 14 PAS, 1 PKR dan 3 Bebas.

Maka, pelbagai teori muncul lagi. Dari para politikus elit, penganalisis, pakar perundangan sehinggalah pengulas politik “kedai kopi” mulalah membuat jangkaan terhadap implikasi-implikasi dan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku dalam krisis politik melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu ini.

Keadaan bertambah haru dengan khabar angin yang berlegar-legar di ruangan media maya termasuklah menerusi Twitter dan Whatsapp yang begitu pantas menyebarkan berita kemungkinan beberapa lagi Adun Umno Terengganu bakal mengikuti jejak langkah bekas menteri besar.

Bagi PAS, inilah antara saat paling genting – apakah bakal berlaku perubahan tampok parti pemerintah bagi negeri Terengganu?

Tidak sampai 48 jam dari saat perletakan jawatan dibuat, Roslee Daud menarik balik tindakannya keluar parti.

Beliau mendakwa dirinya terkejut dengan isu pertukaran MB lantas secara spontan atau tidak sengaja bertindak keluar parti. Ini semacam rumah tangga yang berhadapan krisis lantas si suami melafazkan talak satu. Namun kini sudah kembali rujuk!

Bahkan pada 14 Mei 2014 pula, Ahmad Said dan Ghazali Taib juga melakukan “U-turn”.

Terkejut? Bagi saya ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Seni dalam politik memungkinkan seribu satu kemungkinan hatta yang diluar jangkaan.

Bahkan seawal pengumuman keluar Umno oleh bekas menteri besar dan dua orang Adun pun, saya sudah menjangkakan politik Umno tidak semudah 1, 2, 3.

Bak status yang dinaikkan oleh seorang pengguna Facebook, “Aku beri amaran kepada mana-mana YB DUN Terengganu yang berhasrat untuk lompat parti terutama Datuk Seri Ahmad Said.

Sila teruskan dan aku akan dedahkan video dan gambar-gambar salah laku politik wang melibatkan Datuk Seri Ahmad Said serta orang-orang besar parti!”.

Pada hemat saya, bukan mudah bagi Umno/BN untuk mengambil risiko apatah lagi dalam memastikan matlamat pengekalan kuasa mereka di peringkat negeri dan persekutuan terus dikecapi.

Sesetengah rakan sinis dan berseloroh, “Adun Bukit Besi kali pertama terkejut dengan isu pertukaran MB Terengganu lantas buat keputusan keluar Umno.

Kali kedua beliau terkejut dengan tawaran berbilion ringgit dan projek yang ditawarkan oleh Najib lantas kembali masuk Umno!” Saya hanya tersenyum.

Kelmarin, badan pemantau pilihanraya Bersih 2.0 mengeluarkan kenyataan media berhubung komitmen mereka untuk mengumpulkan maklumat kemungkinan berlaku tipu helah melibatkan usaha untuk membeli atau menjual hubungan politik dengan keuntungan kewangan terutamanya melibatkan dana awam atau kemudahan lain dalam kemelut politik mutakhir di Terengganu.

Keadaan ini mengingatkan saya sejarah Pilihan Raya Umum 2004 apabila Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa menangani risiko para Adun PAS yang berkemungkinan berhadapan habuan lumayan daripada pihak lawan dalam usaha menggagalkan kerajaan PAS di negeri Che Siti Wan Kembang itu apabila keputusan kedudukan DUN menjadi 22 Umno, 23 PAS sejurus kekalahan calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir.

Jujurnya, kemelut politik Umno Terengganu kini membuatkan saya tersenyum sendiri sambil mengimbau kembali kepada iklan biskut Chipsmore yang lazim tersiar di kaca-kaca televisyen satu masa dahulu.

Bagi para politikus berjawatan Adun, Ahli Parlimen atau pemimpin dan aktivis di posisi mana sekalipun kita berada, berpeganglah kepada prinsip perjuangan yang luhur untuk membela rakyat. Prinsip yang mampu menjadi benteng ampuh dari bahana sindrom “sekejap ada, sekejap tiada!”. – 17 Mei, 2014.

* Penulis adalah ketua Pemuda PAS Malaysia.
Viewing all 19707 articles
Browse latest View live