KAJANG - Ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong kira-kira sejam selepas perdana menteri meninggalkan majlis itu mendapat sambutan yang agak luar biasa.
Kehadiran Anwar bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat disambut dengan tiga plakad bertulis ‘I Love New PM’.
Plakad sama sebelum itu digunakan ketika menyambut kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ia diubah suai dengan menambah perkataan 'new' iaitu baru bagi menyambut kehadiran Anwar.
Salah satu plakad itu juga menambah 'I Love New PM Anwar'.

Anwar tiba kira-kira jam 11.30 pagi.
Sama seperti Najib, Anwar juga tidak menyampaikan sebarang ucapan kepada kira-kira 5,000 hadirin yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina kali ketiga anjuran Dong Zong yang bertempat di Kolej New Era di sini.
Sama seperti ketika menyambut kehadiran Najib, acara "Lao Shang" dan aneka persembahan turut disajikan kepada rombongan Anwar.
Meskipun begitu, masyarakat yang hadir dilihat begitu teruja melihat Anwar dan bersalaman dengan pemimpin itu.
Bahkan laungan reformasi turut kedengaran.
Turut mengiringi Anwar ialah Adun Kajang, Lee Kim Sin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
---------------------------------------------------
Malaysiakini..
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.
Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.
Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.

Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.