Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

E-Idaman & Pendududk - Dua-dua saling beri kerjasama baru selesai masalah sampah

$
0
0
Sikap salah guna bahu jalan
Wartawan Sinar Harian
17 Februari 2013
Sikap salah guna bahu jalan
Kedua bahu jalan sekitar Taman Sri Derga dicemari sampah 
oleh individu tidak bertanggungjawab.
 
ALOR SETAR - Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyalahgunakan bahu jalan sepanjang laluan berdekatan Taman Sri Derga, di sini sebagai tempat pembuangan sampah mencemarkan dan menjejaskan pemandangan kawasan berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati longgokan bungkusan sampah bertaburan tanpa sebarang inisiatif daripada penduduk setempat untuk membendung kawasan di situ daripada terus tercemar, sebaliknya berterusan mencampakkan buangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Environment Idaman Sdn Bhd, Mhd Saiful Anuar Zainal berkata, aktiviti pembuangan sampah di kawasan berkenaan kemungkinan dilakukan pihak tertentu yang tidak dibekalkan dengan tong sampah.

Menurutnya, namun mana-mana pihak yang mempunyai tong sampah berkenaan kebiasaannya tidak akan melakukan tindakan sedemikian.

“Kami akan memaklumkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) supaya meletakkan tong sampah berpusat, iaitu sebuah tong besar untuk dijadikan tempat pembuangan sampah setempat kerana lokasi berkenaan dipercayai berdekatan dengan kawasan penduduk kampung.

“Jika, keadaan ini masih berterusan masa akan datang, kami menyarankan tindakan penguatkuasaan diambil oleh pihak berkaitan supaya masalah ini tidak berulang lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya akan meletakkan papan tanda peringatan supaya tidak membuang sampah di bahu jalan terbabit.

Menurutnya, pihak EIdaman akan melakukan kerja-kerja mengutip sampah di kawasan terbabit, maka penduduk setempat diharapkan membuang sampah di dalam tong sampah yang bakal disediakan, serta tidak mengambil tindakan sebaliknya, iaitu membuangnya di luar tong berkenaan.

Mhd Saiful berkata, penduduk harus mempunyai kesedaran mengenai pembuangan sampah dan mereka sendiri harus memastikan kawasan persekitaran bersih untuk keselesaan di tempat sendiri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles