Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Apakah kenyataan Harun Taib ini merupakan sabotaj peringkat tertinggi..???

$
0
0

oleh AnaKedah007.blogspot.com

Kita di 60 hari terakhir. tak perlu buat sebarang kenyataan yang bersifat 'neither here nor there".

Harun Taib agak ketinggalan zaman, dalam zaman cyber ni isu meletup dan reda dalam tempoh 2-3 hari saja. Paling lama 10 hari. Isu kalimah Allah telah diputuskan majlis syura hampir 3 minggu lalu, dan telah hampir reda. kenyataan karpal pun hampir 2-3 minggu lalu dan telah dibalas oleh Ust Tuan Ibrahim dan Ust Harun Din sebaik saja ia ditimbulkan.

Cukup lah. Apa keperluan Harun Taib untuk 'kejutkan' semula isu yang hampir tidur ini? Isu PM selepas PRU 13 pun tak perlu ditimbulkan. Lebih baik didiamkan dalam 60 hari (mungkin kurang) terakhir ini.

Apa Harun Taib masih kepingin dengan UG dan kerana itu akhir-akhir ini kerap buat kenyataan menongkah arus? Sabotaj peringkat tinggi?

Hormati pendirian dan prinsip PAS

KUALA LUMPUR: PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berharap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.



Prinsip PAS tidak sama sekali akan berubah untuk mempertahankan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.

Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu seperti mana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.

Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif.

Berkenaan isu Perdana Menteri pula ianya bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon tanpa perlu menamakan nama-nama individu tertentu. Agenda utama kita adalah meruntuhkan kezaliman Umno BN.

Rakan-rakan dalam PR juga diminta supaya bersabar dan apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu keputusan Pilihan raya Umum diisytiharkan untuk mengetahui siapa yang sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti. Kerja kita masih banyak lagi untuk menumbangkan Umno BN.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles