Zahid sanggah Khalid, tindakan bantah salib gereja satu hasutan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bantahan penduduk terhadap salib di gereja Taman Medan semalam merupakan satu tindakan yang berbentuk hasutan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 April, 2015.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, bantahan penduduk terhadap salib di gereja Taman Medan semalam merupakan satu tindakan yang berbentuk hasutan, bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menteri dalam negeri itu dilaporkan portal Malaysiakini memberi persetujuan yang tegas polis apabila ditanya sekiranya tindakan penunjuk perasaan itu, yang meminta salib gereja diturunkan, bersifat hasutan.
“Sudah tentu! Ya, ya,ya!” beliau dipetik berkata.
“Saya sangat buta warna. Polis sangat buta warna. Tindakan perlu diambil atau akan diambil terhadap mereka.”
Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan disiplin juga akan diambil kepada ahli parti yang menyertai bantahan di gereja itu semalam.
“Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu… Kerana mereka melanggar peraturan. Dalam Umno, kita perlu. Hormati agama lain. Mereka perlu menerima akibatnya,” katanya menurut portal itu.
The Star Online juga memetik Zahid sebagai berkata, "jika sesiapa menyentuh mana-mana agama, mereka tertakluk kepada Akta Hasutan". Beliau berkata demikian kepada media selepas acara kementerian di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), hari ini. – 20 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-sanggah-khalid-tindakan-bantah-salib-gereja-satu-hasutan#sthash.OmNAgJyj.dpuf