Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO, telah membuat banyak kenyataan yang sangat meninggalkan kesan mendalam di hati rakyat Malaysia.
Namun, pasti kita semua tertanya-tanya bagaimana beliau mampu berada di kedudukan tertinggi dalam parti dan juga kerajaan persekutuan.
Walaupun jawatan dalam kabinet ditentukan berdasarkan nilai politik dari tahap kelayakan, namun Datuk Ahmad Maslan sememangnya calon yang teruk, tidak salah jika dikatakan lebih teruk dari YB Bung Mokhtar!
Mungkin orang ramai tidak mempersoalkan kepintaran Ahmad Maslan ini kerana beliau memiliki kelulusan akademik tinggi. Tetapi kita pastinya mula persoalkan EQ (emotional intelligence quotient) beliau.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa Ahmad Maslan perlu berhenti segera sebagai ahli politik dan juga wakil suara rakyat Malaysia:
1. Tidak berada dalam dunia realiti
Berada dalam kedudukan yang mempunyai kuasa datang dengan pelbagai cabaran antaranya ianya cukup mudah untuk seseorang itu tidak menjejakan kaki dalam dunia realiti seperti yang dialami seorang timbalan menteri kita.
Memberitahu pelajar untuk memasak sendiri bagi menghadapi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan “menasihati” rakyat untuk mengelakkan dari membayar caj perkhidmatan restoran 10%, adalah beberapa petikan terkenal daripada beliau.
Kita tertanya-tanya bilakah kali terakhir beliau terpaksa membayar untuk makan sendiri. YB juga, pasti selalu makan di luar daripada memasak dirumah! Tidak semua barangan runcit adalah kadar sifar atau dikecualikan daripada GST juga.
2. Tidak memahami dasar sendiri
Satu realiti yang amat nyata iaitu kenyataan Ahmad Maslan nampak seperti beliau tidak memahami sepenuhnya dasar-dasar sendiri. Dan ia seolah-olah tidak dapat memahami rintangan dan kelemahan dalam pelaksanaan itu. Dalam kes ini, ialah pelaksanaan GST.
Daripada memberitahu orang mengabaikan caj perkhidmatan 10%, mengapa tidak dia memberi tumpuan kepada restoran-restoran yang mengambil kesempatan daripada GST?
YB juga telah berkata bahawa ” GST hanya mempengaruhi yang kaya ” kerana ia adalah cukai berasaskan penggunaan. Tapi pasti semua tahu , mereka yang miskin juga membeli barangan runcit .
Kadang-kadang ,YB, adalah lebih baik untuk menerima kritikan dan hanya memberi tumpuan untuk memperbaiki masalah ini. Daripada memesongkan isu atau memberikan jawapan yang tidak berasas.
3. Tidak mendengarkan permintaan rakyat
Kuasa seorang pemimpin di negara ini datang daripada rakyat. Apabila rakyat tidak puas hati itu, pemimpin-pemimpin kita perlu mengambil tindakan dan bukan mengabaikan mereka.
YB asyik mengulangi fakta teori yang disebut sebelum pelaksanaan GST, walaupun selepas menerima beribu-ribu aduan mengenai pelaksanaan GST.
Hakikatnya, kos sara hidup telah meningkat, beberapa harga tidak turun seperti yang diharapkan. Hakikatnya, kerajaan masih mempunyai isu dengan peruncit yang mengambil kesempatan daripada GST.
4. Kurang kemahiran dalam berkomunikasi
Mengapa atau bagaimana beliau boleh menjadi Ketua Penerangan Umno. Yang lebih menghairankan ialah dia seolah-olah hanya berminat dengan komunikasi sehala, dimana dia memberitahu rakyat apa yang mereka harus dengar.
Beliau juga pernah berkata bahawa sangat okay untuk Barisan Nasional (BN) untuk berkempen di sekolah kerana dari segi teknikalnya ianya adalah aset kerajaan. Ianya seperti kenyataan menyombong.
Mungkin dia terlalu yakin dalam kemahiran komunikasi beliau.
5. Beliau membuatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan
Ditambah pula dengan kerajaan persekutuan berdepan isu 1MDB, kenyataan Ahmad Maslan menambahkan lagi sakit hati rakyat Malaysia. Timbalan Menteri membuatkan Perdana Menteri kita kelihatan seperti orang bodoh .
Beliau telah mengkhianati amanah yang diamanahkan kepadanya. GST bukanlah kontroversi pertama yang dicetuskan oleh beliau.
Sebelum itu, ketika harga petrol melonjak naik pada tahun 2013, beliau memberi idea bahawa setiap individu yang berkenderaan untuk bekerja ditempat yang dekat dengan rumah.
Berkenaan dengan BR1M, bantuan RM100 sekolah dan subsidi petrol (yang kini sudah dibatalkan) dia berkata tiga bulan hidup rakyat telah pun di ‘sponsor’ kerajaan.
Sifat angkuh dan bongkak itu adalah satu pencemaran dalam pentadbiran negara.
Mengapa beliau masih kekal sebagai timbalan menteri sememangnya menjadi persoalan besar rakyat.
Najib sepatutnya mengambil langkah lebih tegas dan memberhentikan timbalan menteri ini yang telah melakukan lebih keburukan dari kebaikan.
Saya percaya (dan berharap) negara ini masih punyai individu yang layak untuk menggalas jawatan timbalan menteri kewangan dengan penuh saksama.
YB Bung Mokhtar pun sudah mula membuat beberapa keputusan munasabah seperti tidak bersetuju dengan Pindaan Prosedur Jenayah.
Turunlah Ahmad Maslan, kami sudah muak dengan kamu!