Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Dewan Ulamak PAS turun ke Rompin & Permatang Pauh dengan kempen Tolak GST Sokong HUDUD

$
0
0
Dewan Ulamak PAS Pusat akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh dengan fokus dua isu iaitu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan hudud dan pindaan Akta 355 untuk membolehkan sebahagian hudud dapat dilaksanakan di Kelantan.

"PAS dan PKR perlu menang di Rompin dan Permatang Pauh sebagai isyarat bahawa rakyat menolak GST dan menyokong pindaan Akta 355 tersebut," tegas Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan.

Katanya, pandangan akar umbi Permatang Pauh agar PKR mengharmonikan sokongan mereka terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan perlu dihormati bagi memaksimumkan lagi kemenangan di Permatang Pauh.

Menurut beliau, ingatan daripada Presiden PAS perlu diambil perhatian bahawa menjadi kewajipan kepada umat Islam daripada parti mana sekalipun untuk menyokong pelaksanaan hudud.


Jelasnya, ia selaras dengan peringatan Allah dalam surah al-Maidah ayat 49-50.

 وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ

"Dan hendaklah kamu berhukum kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka".

Tambahnya, Allah peringatkan lagi: وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ

"Dan berwaspadalah (beringatlah) dengan mereka menggoda (memalingkan kamu meninggalkan) sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu".

"Dewan Ulamak PAS Pusat sekali menyeru seluruh ahli PAS pelbagai peringkat turun menjalankan tugas sepanjang tempoh berkempen dua pilihan raya kecil khususnya di Rompin," ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/4/2015

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707