(Oleh Nazar Hashim)

Kata Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang itu, percaturan Umno BN memainkan sentimen perbalahan antara PAS dan KEADILAN menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sama sekali tidak menggugat perpaduan antara kedua-dua parti tersebut.
Menurutnya, isu yang dibangkitkan mengenai sokongan PAS terhadap calon KEADILAN dalam PRK ini tidak akan berpanjangan ekoran komitmen pimpinan PAS Negeri termasuk Pesuruhjaya PAS, Mohamad Sabu serta Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Mansor“KEADILAN yakin dengan komitmen yang diberikan pimpinan PAS Negeri, isu yang ditimbulkan akan selesai dalam tempoh terdekat.
“Musuh utama kita ialah Umno BN yang memeras ugut rakyat menerusi kutipan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan mengakibatkan seluruh rakyat tanpa mengira latar semakin terhimpit,” kata Mansor ketika melancarkan Pusat Media KEADILAN P 044 Permatang Pauh di Yayasan Aman, semalam.
Sambung Pengarah PRK Permatang Pauh itu lagi, sebagai rakan seperjuangan, KEADILAN juga akan membantu calon PAS di PRK Rompin selain menghormati pandangan yang disuarakan.
“Apa yang kita tentang ialah segala bentuk ketirisan dan kezaliman pemerintahan Umno BN.
“KEADILAN juga mengerahkan jentera untuk sama-sama membantu calon PAS di Rompin.
“Musuh kita sebenar yang mesti kita tentang adalah pemerintahan Umno BN yang zalim,” ujar Mansor.
Menurut beliau lagi, kemenangan Pakatan di Permatang Pauh nanti merupakan kemenangan rakyat yang menolak GST.
“Tolak GST membuktikan kita menolak Umno BN.
“Menyokong Umno BN bererti menggalakkan mereka meneruskan kezaliman dengan memeras ugut rakyat melalui GST yang terbukti menganiayai rakyat khususnya golongan miskin dan bawahan,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin menegaskan, KEADILAN tidak melihat Pakatan berdepan perselisihan besar dalam
PRK Permatang Pauh ekoran semua keputusan mengenai calon dalam dua PRK akan datang sudah diselesaikan melalui rundingan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66210