Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menunggang motosikal ketika hadir pada Majlis Perasmian Motocross Terbuka Kedah 2015 di Kampung Rasau hari ini. - Foto Bernama
PENDANG - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengiktiraf dan mewartakan litar motocross (cabaran motosikal lasak) di Kampung Rasau, Pendang, di sini, sebagai salah satu litar motocross Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan membawa perkara tersebut kepada Persatuan Motocross Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Motocross Terbuka Kedah 2015 di Kampung Rasau, di sini hari ini.

Katanya, kejohanan tersebut membuktikan kawasan pedalaman dan luar bandar tidak menjadi penghalang untuk membawa aktiviti besar dan menganjurkan kejohanan permotoran bertaraf antarabangsa.
Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Pendang, Mohamad Fadzil Zolkipli berkata belum ada lagi litar motocross yang diiktiraf di kawasan utara.
Selain itu, pihaknya mencadangkan agar kejohanan tersebut disenaraikan dalam takwim kejohanan motocross negara peringkat kebangsaan.
Beliau berkata, sekiranya cadangan tersebut diterima, maka kejohanan itu akan diadakan secara tahunan, sekali gus menjadi bonus kepada kemajuan sukan negara serta menarik kedatangan lebih banyak pelancong.
Sebanyak 100 peserta tempatan dan dari Singapura dan Thailand menyertai kejohanan tersebut yang menarik lebih 5,000 penonton. - Bernama