Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Hebat sangatkah Yusni Mat Piah merangkap Ketua Pemuda PAS P/Pinang melanggar arahan PAS Pusat

$
0
0
Catatan PRK P044 Pmtg Pauh


Berikut adalah hasil tinjauan di lapangan sejurus keputusan DPPNPP yg berketuakan Yusni Mat Piah merehatkan jenteranya di Permatang Pauh :

1. 15 bilik gerakan pemuda pas ditutup dan operasinya dihentikan serta merta.

2. 1000 buah motosikal berkuasa tinggi dipercayai anggota ARC yg dlm perjalanan ke Pmtg Pauh dilihat berpatah balik sejurus menerima kiriman whatsapp dari ketua pemuda.

3. Guru-guru Pasti yg sedang merayu undi bergegas pulang ke rumah masing-masing setelah arahan itu diterima mereka.

4. Di simpang-simpang jalan tidak lagi kelihatan kelibat petugas unit amal mengawal lalu lintas sehingga mengakibatkan aliran trafik terjejas teruk.


Lapuran selanjutnya akan menyusul lagi.

Mohd Shubihi
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.

TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK

Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707