Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Putrajaya gagal halang permohonan Rafizi cabar Bafia

$
0
0
 Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didakwa pada bulan Ogos 2012 dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 April, 2015.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didakwa pada bulan Ogos 2012 dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 April, 2015.

Putrajaya gagal dalam usaha menghentikan permohonan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bagi mencabar keperlembagaan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memutuskan bantahan Putrjaya adalah remeh dan tidak mempunyai merit.

Hakim Rozina Ayob menetapkan 15 Mei untuk mendengar hujahan sama ada Mahkamah Tinggi boleh mendengar dan memerintah sama ada Bafia tidak mengikut Perlembagaan.

Rafizi didakwa pada bulan Ogos 2012 dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.



Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media Yusuf Abdul Alim dan wartawan The Star Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada 7 Mac, 2012.

Pada 10 September, 2012, Rafizi memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan berkenaan tetapi permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Nov 2012.

Beliau kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 23 November 2012.

Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rafizi untuk membatalkan pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Nazrul Nizam Mohd Zamari sebelum ini berkata, permohonan Rafizi adalah mengenai penyalahgunaan proses mahkamah dan menangguhkan perbicaraannya.

"Pemohon sebelum ini difailkan betujuan untuk membatalkan pertuduhan itu tetapi gagal. Kini, dia mahu mencabar keperlembagaan pertuduhan itu," katanya.

Peguam Rafizi, N Surendran berkata percubaan untuk membatalkan pertuduhan itu dan pencabar keperlembagaan adalah dua perkara yang berbeza.

"Dalam apa jua keadaan, mahkamah perbicaraan (Mahkamah Sesyen) membenarkan anak guam kami membuat penggantungan prosiding. Jadi, tuntutan melambatkan mana-mana pertuduhan adalah tidak timbul," katanya. – 27 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-gagal-halang-permohonan-rafizi-cabar-bafia#sthash.O2H9eush.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707