GST UNTUK JAHANAMKAN PERNIAGAAN ORANG CINA.
Peraih undi BN di Permatang Pauh beraka kepada orang orang melayu bahawa GST di wujudkan untuk menjahanamkan perniagaan orang orang cina kerana GST hanya di kenakan kepada peniaga yang jualan mereka melebihi RM500 ribu setahun.
Kata peraih undi ini dengan adanya GST peniaga melayu yang tidak sampai RM500ribu tidak akan mengenakan GST kepada pembeli dan orang ramai akan beralih membeli barang keperluan dari kedai cina kepada kedai kedai melayu.
Hakikatnya peniaga peniaga melayu yang tidak mengenakan GST ini lebih menanggung sengsara apabila mereka tidak boleh mengenakan GST kepada pengguna sedangkan barang barang yang mereka beli dari pemborong di kenakan GST.
Ini bermakna mereka tidak boleh membuat tuntutan semula cukai GST yang di kenakan oleh pemborong terhadap mereka dan menyebabkan mereka terpaksa menangung kerugian dari hasil sistem GST ini.
Lebih malang lagi peniaga peniaga melayu ini di pantau perniagaan mereka agar tidak menaikkan harga barang .
Hasilnya peniaga peniaga melayu menjadi mangsa terhadap sistem cukai yang kononnya kata peraih undi umno GST adalah bertujuan untuk menjahanamkan perniagaan orang cina.
#Sokong BN = Sokong GST
#Sokong GST = Jahanamkan perniagaan orang melayu
#Jahanamkan perniagaan orang melayu = Kerja Umno.
cerita benar peniaga MELAYU yang terkesan dengan GST :
RINTIHAN PENIAGA TERKESAN DENGAN GST |
GST, sehingga ke hari ini tiada siapa yang benar-benar memahami GST 100% termasuklah pegawai Kastam itu sendiri.
Ceramah sana sini, taklimat sana sini, bila diajukan soalan, pegawai Kastam yang beri ceramah pun binggung tak dapat memberikan jawapan.
Harapkan iklan di kaca televisyen, media cetak, semua tak boleh digunapakai sehingga Rafidah Aziz pun kritik Kastam tak reti nak mempromosikan GST.
Bagi peniaga pula, mereka terkesan dari pelbagai sudut sehingga ada yang berniaga bertahun-tahun lamanya terpaksa mengambil keputusan untuk mengulung tikar selepas ini.
Baca luahan peniaga Melayu yang terkesan dengan GST yang bakal dilaksanakan 1 April (esok) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN);
Bismillah. Gara-gara GST yang akan dilaksanakan 1/4/2015, saya rasa perniagaan yang hampir 10 tahun saya lakukan dengan menyewa kedai di KB Mall bakal kami tutup.
Puncanya, sewa kedai pun kena GST. Supplier baju juga mengenakan caj GST. Takkan kami nak caj customer 12%?
Sewa kedai bukan makin turun, baru Januari 2015 naik RM300 sebulan. Ditambah pula dengan GST 6%.
Kami hanya peruncit yang tidak layak menuntut GST. Maka timbul perasaan sedih di hati kami. Bukan bangsa lain yang mematikan perniagaan orang Melayu tetapi pemimpin Melayu kita sendiri.
Terima kasih banyaklah wahai PM kesayangan rakyat. Akan ku kenang jasamu dan datin yang mendahulukan rakyat.
Untuk customer kami, insyaallah kami tak akan berputus asa. Kami akan khabarkan tempat baru kami jika ada rezeki.
Rezeki milik Allah, bukan milik manusia.
Roslina Bt Mat Salleh