Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Umno Pagoh sokong PM tapi tuntut penjelasan

$
0
0
 
Di sebalik sokongan padu Umno Pagoh kepada ketua bahagian itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk "membantu" Datuk Seri Najib Razak, mereka berpendapat tanggungjawab perdana menteri menjelaskan isu semasa tetap tidak terlepas.

Timbalan Ketua Umno Pagoh, Ismail Mohamed berkata, tiada sebarang masalah untuk mereka member dukungan kepada Muhyiddin dan Najib membangunkan modal insan dan negara.

“Saya sentiasa menyokong TPM (Muhyiddin) membantu PM,” katanya menerusi Whatsapp kepada Malaysiakini.

Namun kata Ismail, Najib tetap perlu harus menjelaskan beberapa isu dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum tanda tanya yang timbul tidak berpanjangan.

Malam tadi, Najib berkata, beliau akan terus istiqamah berjuang demi rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus bersama Muhyiddin dan jemaah menteri dan anggota pentadbiran.

Sebelum ini sesetengah pihak menganggap Muhyiddin tidak sehaluan dengan Najib ekoran kritikan dibuat Dr Mahathir.

Antara lain, Muhyiddin menyatakan Dr Mahathir "tidak bersendirian" dalam usahanya mendapatkan penjelasan beberapa isu negara termasuk kerugian dialami firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707