
ROMPIN: Penduduk Rompin terbeban dan terus menjadi mangsa kerajaan BN yang 'mendahulukan rakyat' apabila cukai tanah dinaikkan melebihi 100 peratus.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenaikan cukai yang begitu tinggi antara RM100 hingga RM300 begitu mengejut dan membebankan.
Beliau berkata, umpamanya penduduk Desa Teratai Muadzam Shah telah membuat bantahan pada Januari 2013 tentang kenaikan cukai tanah lot kediaman mereka yang terlibat.
Pada asalnya, ujar beliau mereka hanya membayar kepada RM20 kepada Pejabat Tanah dan Daerah Rompin.
"Akan tetapi pada 2003 mereka terkejut apabila dikenakan cukai antara RM100 hingga RM300 mengikut keluasan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS pada sidang media, hari ini. Turut serta ialah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Nasrudin Hassan.
Katanya, kenaikan melebihi 100 peratus ini tentulah tidak masuk akal dalam situasi ekonomi yang agak tidak menentu sekarang.Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenaikan cukai yang begitu tinggi antara RM100 hingga RM300 begitu mengejut dan membebankan.
Beliau berkata, umpamanya penduduk Desa Teratai Muadzam Shah telah membuat bantahan pada Januari 2013 tentang kenaikan cukai tanah lot kediaman mereka yang terlibat.
Pada asalnya, ujar beliau mereka hanya membayar kepada RM20 kepada Pejabat Tanah dan Daerah Rompin.
"Akan tetapi pada 2003 mereka terkejut apabila dikenakan cukai antara RM100 hingga RM300 mengikut keluasan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS pada sidang media, hari ini. Turut serta ialah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Nasrudin Hassan.
Beliau menambah, Adun Muadzam Shah, Maznah Mazlan berjanji akan mengkaji semula isu kenaikan itu namun berdasarkan maklumat terkini penduduk tempatan cukai itu hanya diturunkan sebanyak RM20 sahaja.
Menurutnya lagi, isu sama juga berbangkit di Felda Gugusan Keratong 6 dan 7 apabila cukai tanah kediaman naik mendadak sehingga 121 peratus dari RM38 pada 2014 kepada RM84 tahun ini.
"Difahamkan kenaikan itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat setiap Gugusan Felda dalam daerah Rompin," katanya.
Tambahnya, tanah ladang juga turut mengalami kenaikan kepada RM168 pada tahun ini berbanding RM83 tahun lepas.
Sehubungan itu, kata Tuan Ibrahim penduduk Rompin harus bangkit menghantar mesej kepada kerajaan BN melalui PRK kali ini dengan janji-janji kerajaan yang tidak pernah ditepati. - HARAKAHDAILY 2/5/2015