BONGKAR 403J: Dato’ Seri Mahdzir Khalid tak faham atau sengaja buat-buat tak faham?
Oleh: Mohd Irfan Mustafa (SAMK)
Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh bekas MB kedah, yang meminta Suara Anak Muda Kedah membuat laporan SPRM jika terdapat penyelewengan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu dalam isu Bongkar 403J.
Setelah dijelaskan berkali-kali oleh Pengerusi Bongkar 403J, YB Firdaus Jaafar, saya merasa musykil bagaimana bekas MB itu membuat kenyataan tersebut... sama ada beliau benar-benar tak faham atau sengaja buat-buat tak faham.
YB Firdaus sudah tegaskan bahawa bukan keseluruhan RM403 juta itu adalah penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu. Ia merupakan anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kini akibat perbuatan kerajaan terdahulu. Dalam RM403 juta itu terdapat macam-macam kes atau situasi...
1) Perjanjian berat sebelah, untungkan swasta rugikan negeri... misalnya dalam perjanjian Taliworks. Memang ia bukan penyelewengan sebab perjanjian ditandatangani dgn relahati oleh dua belah pihak, tak boleh pertikai di mahkamah. Soalnya mengapa kerjaan BN yg memerintah masa tu tak teliti kandungi perjanjian yang rugikan rakyat?
2) Lalai dalam pengurusan, khususnya berkaitan perundangan... misalnya kes YIKED disaman RM11 juta oleh Senisinga Sdn Bhd. Kalau masa dulu BN uruskan projek ikut peraturan yang betul, takkan sampai kena saman?
3) Membuat pilihan merugikan... misalnya pembinaan logi air Lubuk Buntar dan Padang Sanai. Pusat dah nak bagi geran masa tu, terima jeelah.. buat apa nak terima dalam bentuk pinjaman pulak yang akibatnya kerajaan negeri kena tanggung kos bayaran balik.
4) Kegagalan dalam perniagaan.. misalnya Seri Temin yang dibebani hutang bertambun yang ditinggalkan oleh pengurusan lalu. Satu demi satu syarikat mai saman. Duit untung Seri Temin dulu diguna biayai program politik UMNO... legally right but morally wrong!
5) Kehilangan duit perniagaan.. misalnya dalam kes projek udang Kerpan, ke mana pergi RM6.15 juta untung, sepatutnya adab dlm akaun bersama.. tapi lesap entah kemana?
6) Perjanjian tak dibuat... misalnya projek fidlot bela lembu di Paya Mat Insun. Buat projek atas tanah individu tanpa perjanjian, bila rugi nak claim balik infra yang dibuat tak boleh. Cerdikkah itu?
7) Penyelewengan... akhirnya barulah penyelewengan. Misalnya bina kompleks MPSPK dan balak hilang di Tekih. Laporan polis, SPRM memang dibuat tapi... oleh kerana ia babitkan pihak BN dan BN masih berkuasa di Pusat maka siasatan pun ambil masa yang lama untuk siap... biasalah tu.