Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Pondok Gajah Mati terbakar..mailah pakat hulur bantuan...

$
0
0
Rumah pusaka 100 tahun hangus
NURUL HIDAYAH HAMID
25 Februari 2013
Rumah pusaka 100 tahun hangus
Gambar rumah pusaka berusia hampir 100 tahun dibina Ismail sebelum kebakaran.
 
Rumah pusaka 100 tahun hangus
Kitab dan manuskrip lama tulisan tangan musnah dalam kebakaran.
 
PENDANG - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka berusia kira-kira 100 tahun tinggalan pengasas sekolah pondok terkenal, Ismail Mustafa musnah dalam kebakaran kira-kira  jam 3.40 pagi di Pondok Gajah Mati di sini, semalam.  
  
Mangsa, Wan Mohd Izzuddin Idrus, berada bersama isteri manakala tiga anak perempuannya tinggal berasingan kerana masih menuntut di Ma’had As-Syatirie.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berlaku akibat masalah litar pintas hingga memusnahkan sebuah rumah pusaka, barangan kelengkapan, perabot dan satu-satunya kereta yang menjadi kegunaan hariannya.

“Walaupun tiada kemalangan jiwa, kami kerugian RM85,000 iaitu wang amanah kumpulan muslimat serta wang simpanan yang masih belum sempat dimasukkan ke dalam bank bagi membiayai pengajian anak-anak hangus.

“Pada asalnya wang ini akan digunakan bagi menampung kos pengajian anak saya untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Tareem, Hadramaut dan Yaman pada Jun nanti. Namun kini semuanya hilang dalam sekelip mata sahaja,” katanya.

Wan Mohd Izzuddin berkata, kitab lama kesayangannya yang sesetengahnya adalah manuskrip tulisan tangan jawi warisan secara turun temurun bernilai tinggi dan sukar dicari ganti turut terbakar setelah gagal diselamatkan.

Katanya, rumah antik tradisional dengan seni ukiran kayu itu sebenarnya pernah ditawarkan untuk dipindahkan ke muzium negeri.

“Namun kini semuanya hanya tinggal sejarah hingga membuatkan kami terpaksa menumpang di rumah saudara yang tinggal berdekatan buat sementara waktu,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Mohd Izzuddin memohon simpati orang ramai menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka dengan menyalurkan melalui akaun CIMB bernombor 02090004313201 atas nama Zulkiflie Mohamad Sohaimi (menantu) atau menghubunginya di talian 013-510 7557.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles