dari KedahLa.blogspot.com
Oleh: Mc Hapis
Salleh Yaakub adalah satu nama besar dalam industri hiburan tanah air kita. Mc diantara salah seorang peminat Salleh Yaakub. Namun keputusan Salleh Yaakub untuk mengundurkan diri dari dunia hiburan adalah sangat mengejutkan.
Amat sedih apabila seorang OTAI lawak seperti Salleh Yaakub undur diri kerana dikecam oleh majoriti rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima realiti penghinaan terhadap buku jingga yang dibuat oleh Salleh Yaakub dan Nabil.
Sebagai rakyat Malaysia yang mewakili golongan ‘tidak ambil peduli’ perihal politik, Salleh hanya melakukan tugasan berbayar mungkin oleh anak didik Yahudi APCO untuk menghina Pakatan, namun dia sama sekali tidak sedar bahawa kos menghina Pakatan adalah jauh lebih besar dari upah yang diterimanya. Video Bangkang dari Longkang mengenai Buku Jingga bukanlah pendapat beliau sendiri, Salleh hanya berlakon tetapi lakonannya bawa padah pada karier politiknya.
Ramai artis yang menyertai Pakatan seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Hairie Othman, Aishah, Leman Rajalawak, Yasin, Dayang Ku Intan dan ramai lagi bukan setakat berlakon sokong Pakatan malahan mereka benar-benar jadi ahli parti dari Pakatan dan berceramah politik atas pentas. Namun tiada seorang antara mereka yang dikecam berapi-api sehingga terpaksa bersara, malahan mereka disanjung oleh rakyat jelata. Salleh takkan berundur kalau kalau setakat dikecam oleh budak nangoi UMNO Pekan Naka dan rakan-rakan mereka. Salleh tentulah merasa impak kecaman rakyat itu terlalu besar, terasa hingga ke tulang sum sum.
Ini menunjukkan besarnya pengaruh Pakatan Rakyat... dan mana-mana pihak atau individu lepas ini jangan ambil mudah lagi untuk menyerang Pakatan. Masa untuk BN ditumbangkan sudah terlalu hampir.

Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang.
Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada rakyat Malaysia termasuk oleh ahli-ahli UMNO sendiri, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya.