Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Parlimen JERLUN OK.. tapi kena pertahankan DUN Pengkalan Kundur..!!!

$
0
0
Penyokong mahu Phahrolrazi pertahan kerusi Pengkalan Kundor

ALOR SETAR - Pas Pengkalan Kundor mahu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengarah I Majlis Tindakan Dun Pengkalan Kundor, Ziyadi Abdul Raof berkata, mesyuarat penuh ahli jawatakuasa majlis tindakan DUN tersebut pada 29 Mei tahun lepas memutuskan untuk menolak calon lain selain Phahrolrazi yang juga anggota exco kerajaan negeri.

Perjumpaan AJK Unit Peti Undi yang dihadiri 60 orang serta 56 anggota Majlis Ketua Kampung pada 23 Februari lepas turut mengambil keputusan yang sama, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Kami tidak rela Phahrolrazi bertanding kerusi lain selain Dun Pengakalan Kundor. Namun kami merestui beliau bertanding kawasan Parlimen Jerlun jika itu yang dimahukan Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak," katanya.
Ziyadi berkata berkata seluruh anggota Pas Pengkalan Kundor akan mengadakan protes jika Azizan tetap berdegil untuk meletak calon lain bertanding di kawasan itu. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707