
MRK peka dengan perkembangan peristiwa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah kerana pertumpahan darah tersebut sepatutnya tidak berlaku jika pihak kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara bertindak cepat, tegas dan tidak bertolak ansur dengan musuh negara yang menceroboh perairan negara dan membolos masuk menggugat dan mencabar kedaulatan negara.Lahad Datu
MRK sangat sedih kerana kelemahan pihak perisikan negara dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) yang hanya sibuk memantau aktiviti ahli-ahli politik Pakatan Rakyat sehingga terlepas pandang kepentingan menjaga dan mempertahan perairan negara dari dicerobohi musuh negara.
Bahagian Perisikan Tentera sepatutnya fokus dengan amanah yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamtan Negara demi rakyat.
Justeru, MRK mengesa agar pihak Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak berhenti bermain politik dan memikul tanggungjawab sepenuhnya kegagalan dan kelemahan yang berlaku dalam mengurus peristiwa di Lahad Datu, Sabah.
BSPP bertanggung jawab penuh keatas kegagalan ini.
Sekretariat
Majlis Rundingan Keselamatan
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46381