Rumah untuk keluarga miskin
JENIANG - Sebanyak 10 keluarga miskin di kawasan ini menerima rumah baru sumbangan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya.
Projek Bumbung TH itu dimulakan tahun lalu ke arah pembangunan komuniti yang lestari dan mampan khususnya komuniti Islam.
Prihatin dengan nasib mereka yang tidak mempunyai rumah yang sempurna dan berkongsi rezeki yang diperoleh, TH tampil menghulurkan bantuan membela nasib mereka yang memerlukan.
Ia adalah sebahagian daripada agihan zakat perniagaan TH untuk pembinaan atau penambahbaikan rumah bagi golongan asnaf fakir miskin dan surau atau masjid bagi komuniti yang tidak berkemampuan.

Setiap keluarga yang terpilih dalam Projek Bumbung TH di negeri ini menerima sebuah rumah baru yang siap dibina bernilai RM30,000.
Majlis penyerahan rumah itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Turut serta Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamaruddin Mat Ali.