Oleh: senik
"
Assalamualaikum,
Negara berdepan dengan risiko berperang dengan penduduk Sulu, satu kenyataan yang harus dipandang berat oleh semua pihak. Bukan sahaja warga Sulu malah kesemua bangsa Moro mungkin bangkit sama berdasarkan amaran pemimpin utamanya Nur Massouri. Sementara UMNO/BN pula berdepan dengan demostrasi jalanan ala Arab Spring dek kedeilannya sendiri tidak mahu mendengar tuntutan pilihanraya yang bersih dari rakyat.
Pemimpinnya pula sibuk memberi amaran mengenai kesan demostrasi jalanan ala Arab Spring dengan alasan apa yang berlaku di negara Arab tidak berlaku di negara kita sambil terus mengabaikan gelombang kebangkitan rakyat yang secara jelas menyatakan kalau pilihanraya dijalankan di atas padang yang sama rata tidak akan ada Arab Spring.
Oleh kerana kedegilan UMNO untuk mendengar laungan rakyat, PRU 13 berkemungkinan besar akan dijalankan secara penipuan yang memihak kepada UMNO, maka rakyat tiada pilihan selain turun ke jalanraya untuk membenam penipuan UMNO.
Dakwaan Najib yang mengatakan negara Arab yang berdepan dengan demostrasi rakyatnya ada yang masih belum pulih, oleh itu kalau demostrasi berlaku di negara kita akan berlaku kesan yang buruk yang memungkinkan negara terpaksa berdepan dengan masalah besar termasuk kehilangan nyawa. Tetapi bagi yang mendengar dengan hati yang terbuka, kata kata Najib ini cuma satu bentuk kosmetik yang menguntungkan dirinya dan partinya, tidak lebih, tidak memberi kesan yang besar kepada rakyat majoriti. Bayangkan kalau berlaku Arab Spring selepasa PRU 13 dan hasilnya Najib akan tersingkir bersama sama orang orang yang bersubahat dengannya menipu, negara akan diambil alih oleh pendokong kepimpinan baru seperti di Filipina atau Indonesia, apakah kesan buruk yang ditanggung negara?"

Negara berdepan dengan risiko berperang dengan penduduk Sulu, satu kenyataan yang harus dipandang berat oleh semua pihak. Bukan sahaja warga Sulu malah kesemua bangsa Moro mungkin bangkit sama berdasarkan amaran pemimpin utamanya Nur Massouri. Sementara UMNO/BN pula berdepan dengan demostrasi jalanan ala Arab Spring dek kedeilannya sendiri tidak mahu mendengar tuntutan pilihanraya yang bersih dari rakyat.
Pemimpinnya pula sibuk memberi amaran mengenai kesan demostrasi jalanan ala Arab Spring dengan alasan apa yang berlaku di negara Arab tidak berlaku di negara kita sambil terus mengabaikan gelombang kebangkitan rakyat yang secara jelas menyatakan kalau pilihanraya dijalankan di atas padang yang sama rata tidak akan ada Arab Spring.
Oleh kerana kedegilan UMNO untuk mendengar laungan rakyat, PRU 13 berkemungkinan besar akan dijalankan secara penipuan yang memihak kepada UMNO, maka rakyat tiada pilihan selain turun ke jalanraya untuk membenam penipuan UMNO.
Akan tetapi kepimpinan baru nanti bakal berdepan dengan risiko perang dengan bangsa Sulu dan Moro keseluruhannya akibat perbuatan tidak cerdik Najib dan UMNO. Amaran yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka tidak harus dipandang ringan, apatah lagi sejarah sudah menunjukkan kedegilan dan kegilaan yang melampau bangsa ini untuk berperang. Kini peperangan dengan Manila sudah tamat, jadi semacam mereka mencari destinasi baru untuk berperang. Sabah merupakan destinasi yang tepat dengan kedudukan mereka, ada ikatan sejarah dan tambah berselera, mungkin hampir sejuta warga Sulu sudah menetapdi Sabah sebagai warga negara yang diberi taraf bumiputra. Apa lagi yang wargaperang Sulu ini mahu?
Dari apa yang dilihat berlaku sekarang, penceroboh yang dilebel sebagai pengganas oleh kerajaan ini dikatakan menyamar sebagai penduduk kampung. Walaupun empat sudah ditahan kerana disyaki pengganas, tidak ada apa yang boleh dibanggakan kerana terlalu ramai pendatang Sulu di Sabah, termasuk yang sudah ada IC. Sementara pasukan pengawal sempadan yang begitu ramai dan mempunyai peralatan canggih, masih gagal menghalang mereka memasuki Sabah serta menjalankan aktiviti menyeludup. Perkara seperti ini memberi kelebihan kepada mereka di mana pada bila bila masa sahaja boleh mengisytiarkan perang terhadap Sabah.
Bukankah isu ini merupakan isu besar kepada PR nanti? Hatta kalau BN/UMNO dibiarkan terus berkuasa, yang jadi mangsanya ialah rakyat Sabah. Mampukah pasukan keselamatan kita berdepan dengan gerila Sulu?Tetapi harapan baru kepada kepimpinan baru ialah akan ada penyelesaian seperti diusahakan oleh kepimpinan baru Filipina. Untuk itu, memenangkan PR adalah pilihan terbaik untuk kita terutamanya rakyat Sabah!"