Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

CHANGLUN - Bilakah nak selesai masalah Van Thailand yang haram nie

$
0
0
Van Thailand beroperasi lagi
Wartawan Sinar Harian
9 Mac 2013
Van Thailand beroperasi lagi
Perkhidmatan van haram masih dijalankan seperti biasa menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia.
 
CHANGLUN - Kemasukan van haram Thailand ke Malaysia dilihat tidak serik dikenakan tindakan penguat kuasa apabila mereka mula beroperasi seperti biasa.

Setiausaha Persatuan Kereta Sewa/Teksi Luar Bandar, Bukit Kayu Hitam, Pekan Changlun, Bandar Baru Sintok, Muhamad Nadzrin Ibrahim, berkata, modus operandi terbaru yang dilakukan oleh perkhidmatan van Thailand itu kini menggunakan haluan kiri bagi mengaburi dari dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, mereka menggunakan nombor pendaftaran Malaysia bagi mengangkut penumpang, terutamanya pelancong dari Bukit Kayu Hitam.

“Mereka kini dilihat menggunakan jalan belakang melibatkan jalan kampung sebelum ke lebuh raya bagi membolot semua penumpang untuk dihantar ke mana sahaja.
“Setiap hari laluan mereka berbeza untuk mengelirukan pihak berkuasa dan kami mengenal pasti ada sindiket yang menyampaikan maklumat mengenai penguatkuasaan yang dijalankan kepada perkhidmatan van ini,” katanya.

Muhamad Nadzrin berkata, pihaknya faham keadaan semakin meruncing dalam menangani masalah itu, namun pihak berkuasa perlu menyelesaikannya segera dalam usaha mendapatkan kembali hak seluruh pemandu teksi.

“Permasalahan ini berpunca dari lambakan van haram di tapisan pertama pintu masuk sempadan dan penguatkuasaan keluar masuk kenderaan ini sewajarnya diberikan perhatian lebih.

“Sudah sampai masanya pihak terlibat perlu bertegas dalam mengenakan tindakan mengikut prosedur sedia ada agar ia dapat diselesaikan dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya mengesan terdapat beberapa kenderaan Thailand yang sepatutnya tidak dibenarkan memasuki kawasan Malaysia bebas bergerak di sekitar kawasan berkenaan.

Sebelum ini, persatuan berkenaan mengadakan demonstrasi aman bagi membantah lambakan kemasukan van haram Thailand bebas bergerak untuk menghantar dan mengambil penumpang sehingga menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707