Oleh: Saiburi Sudin

Rakyat mudah faham.. tak lain tak bukan mengapa PRU belum diadakan ialah kerana BN tak yakin boleh menang mempertahankan Putrajaya. Najib ada pelbagai agensi berbayar yang menilai keupayaan BN secara detail, mereka ni yang bagi maklumat pada PM... ketika ini boleh menang ke tak lagi. Mereka ini yang maklumkan kepada Najib, kalau buat PRU sekarang... insyaAllah BN bungkuih!
Apa yang digambarkan oleh media-media mereka seperti Utusan Meloya, TV3 Suku, Berita Hairan hanyalah propaganda semata-mata kononnya mereka dapat sokongan padu rakyat dan bahayanya propaganda itu bagi BN ialah ia menyebabkan ahli-ahli tegarnya syok sendiri bahawa BN akan terus berkuasa, maka ini akan mempercepatkan lagi kemampusan BN.
Najib serta seluruh juak-juaknya yang berada dalam kerajaan sedar hal tersebut. Segala umpan yang dilaburkan hingga berbilion2 sehingga kini belum mampu melonjakkan sokongan untuk BN. Bukan Sharijat saja pening, Najib lagilah pening... dah mati akal nak buat camna lagi tarik sokongan rakyat.
Tup tup muncul pula isu keganasan Sulu dan pendedahan konspirasi oleh bapa Saiful Bukhari yang memfitnah Anwar meliwatnya. Di sebalik isu Sulu, BN dikecam teruk kerana beri IC kepada 800 ribu rakyat asing, majoritinya rakyat Filipina, hanya kerana mahu mereka undi BN maka kedaulatan negara terancam. Seterusnya ia mendedahkan kelemahan kerajaan mengawal sempadan negara, apa kejadahnya dengan 4 benteng pertahanan dan kapal selam Scorpene yang canggih tak dapat halang pengganas Sulu bawa masuk tentera dan senjata. BN dah naik kurang, memang tak boleh diharap!!
Pendedahan konspirasi isu liwat pula satu lagi pukulan untuk Najib kerana kejahatan mereka menggunakan pegawai di jabatannya terbongkar. Kelamkabut habis jentera penerangan BN nak jawab... sampai Asan Ali yang dok sibuk isu kalimah Allah, sekarang kena tukar tune main isu bontot pulak... alahi malunyer. Semua jentera propaganda dan ‘anak syarikat BN’ seperti Perkasa, Jati, JMM, Tibai dll dah jadi kelam kabut kerana Azlan seorang.
Masa berlalu... Najib memang tak boleh elak dari membubarkan Parlimen sebab mau tak mau tempoh akan berakhir sedang sokongan rakyat untuk BN makin merudum teruk. Apa langkah Najib seterusnya? Kita tunggu dan lihat...