Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Jerebu punya pasal, nelayan tak berani turun kelaut harga ikan jadi mahal

$
0
0
Nelayan bimbang turun ke laut

Nelayan bimbang turun ke laut

KOTA KUALA MUDA - Keadaan jerebu, hujan dan ribut yang melanda sejak dua minggu lalu memberi kesan terhadap kegiatan nelayan sekitar Kota Kuala Muda apabila mereka tidak dapat ke laut menangkap ikan.

Tinjauan Sinar Harian ke jeti pendaratan ikan Kampung Tepi Sungai, di sini, mendapati kebanyakan nelayan mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak turun ke laut sejak kejadian itu.

Zulkifli Ismail, 53, mendakwa, disebabkan cuaca tidak menentu, ramai yang tidak turun ke laut kerana bimbang keselamatan diri.

"Dua tiga hari kebelakangan ini hujan, jadi ada yang tidak ke laut.

"Bila tak turun, bekalan hasil laut makin berkurangan dan pendapatan kami juga terjejas," katanya.

Pelanggan, Saleha Abdullah, 49, dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang berkata, dia datang ke jeti pendaratan ikan Kuala Muda setelah usahanya mendapatkan bekalan ikan di Pasar Bisik Kuala Muda hampa.

"Saya dah ke Pasar Bisik, tapi bekalan kurang dan hampir tiada ikan menyebabkan saya ambil keputusan untuk ke seberang sini.

"Namun, situasi tak jauh beza... sebab tak banyak bekalan ikan yang saya nampak.

"Kita juga perlu bersaing dengan peraih dan pembeli ikan dari luar yang menunggu bekalan segar setiap kali nelayan naik ke darat," katanya.

Peraih ikan, Mohd Ali Abu Hassan, 61, dari Kampung Permatang Tengah berkata, setiap hari dia mendapatkan bekalan ikan di jeti untuk dijual kepada pelanggan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

"Namun, sejak beberapa hari ni ikan berkurangan... saya hanya dapat 18 kilogram (kg) ikan kembung semalam, berbanding 40 kg sehari pada kebiasaannya.

"Malah, harga yang ditawarkan juga agak tinggi sebab bekalan makin kurang... ramai nelayan tak ke laut sebab cuaca tidak menentu," katanya.
Sementara itu, Zurita Md Udin, 47, berkata, dia perlu mendapatkan ikan untuk perniagaan kedai runcitnya di Sungai Petani.

"Tapi, nampaknya bekalan kurang dan harga ikan juga agak mahal. Kita terpaksa jual dalam kuantiti sedikit.

"Memang ada sesetengah pelanggan yang merungut sebab harga ikan mahal... tapi nak buat macam mana.

"Saya cuma boleh beritahu pelanggan bekalan ikan kurang menyebabkan harganya tinggi di pasaran," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707