Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Felixia terima permohonan maaf 'Amanah'

$
0
0
amanah_cmt_600
PETALING JAYA: Felixia Yap terima permohonan maaf Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang mengguna gambarnya bagi tujuan politik.

Bagaimanapun dia meminta parti itu supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa depan dengan menggunakan gambar orang lain tanpa izin.

“Anda semua sepatutnya lebih tahu untuk tidak menggunakan gambar dan nama orang lain tanpa kebenaran, persetujuan atau kelulusan mereka… saya pasti.

“Ia seperti menimbulkan fitnah seolah-olah mengatakan saya terlibat dalam parti politik, apabila saya tidak pernah terdengar mengenainya sebelum ini,” tulisnya

Sementara itu, Amanah telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Felixia kerana mengguna gambarnya untuk tujuan politik.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Melaka, Adeysham Nor berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu di masa akan datang.

“Kami memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Felixia berhubung isu ini. Pihak kami berjanji akan lebih cakna dan berhati-hati dalam menghasilkan sebarang iklan, poster dan sebagainya di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya semua status berkaitan poster tersebut telah dipadamkan dalam tempoh kurang 24 jam ia dikeluarkan selepas mendapati tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707