Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Walaupun Insurance telah naik namun masa membelinya telah tiba...

$
0
0

BILA KAPAL NAK TENGGELAM
TIKUS MULA LARI

atau

TIKUS BELI INSURAN

jeneral sudah menjadi kaum kerabat pakatan
bekas ketua polis negara nak jadi kaum kerabat
keluarga diraja mula usik usik nak jadi kerabat
pegawai tinggi kerajaan sudah mahu jadi kerabat
towkay besar dan sedang
mula bertanya-tanya

ramai yang meloroh menyatakan pegangan diri

yang dulu buat salah macam ayah saifol
mula bertaubat untuk menjadi kerabat pakatan

adik vincent tan juga
sudah beli insuran



pagi ini berita muncul
musa hitam pula beli insuran

musa hitam ini macam anwar ibrahim
mangsa mahathir anak lelaki iskandar kutty
tetapi musa hitam ini tidak melawan
maka namanya masuk dalam tong sampah sejarah
sebagai nota kaki politik malaysia

semakin ramai
yang mula beli insuran
semua mahu masuk tim yang menang

wabak menang pakatan rakyat sedang merebak
wabak menang ini tidak dapat dibendung

elit ekonomi
elit politik
elit pentabiran awam
kini berbondong bondong ingin membeli insuran
ini ikut serta dipukul badai kemenangan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707