Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Kenapa Perlu Takut "Sidang Parlimen Khas - Lahad Datu..?"

$
0
0
Kita menyanjung tinggi pengorbanan dan kesungguhan anggota keselamatan kita dalam mengawal selia serta memelihara kedaulatan negara. Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anggota tentera dan polis yang menjalankan tugas dengan profesional, demi menjaga keselamatan rakyat.

Kita amat mengharapkan kegigihan dan pengorbanan anggota keselamatan ini, tidak dijadikan alasan untuk memperkukuhkan kedudukan politik BN.

Isu keselamatan tidak sama sekali harus dipolitikkan untuk kepentingan sekelompok penguasa yang mahu meneruskan kesinambungan pemerintahan, di saat-saat mereka hampir tumbang.

Malangnya, inilah yang terjadi di Malaysia. Isu keselamatan dipolitikkan, nyawa anggota keselamatan menjadi taruhan kesinambungan politik Umno-BN.

Hari ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, secara terang-terangan mengugut rakyat, bahawa jika mereka tidak mahu peristiwa Lahad Datu terjadi di tempat lain, jika mereka mahu keselamatan mereka terjamin, mereka hendaklah memberi mandat kepada BN.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707