Marahkan PKR.. Zulkifli Nordin sindir samseng UMNO...
[AnakSungaiDerhaka] Berikutan dengan kebodohannya sendiri yang menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah ( baca sebagai fitnah) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam ceramahnya telah diminta dihentikan oleh penduduk tempatang dan juga ahli-ahli PKR Permatang Pauh.
Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekolah tersebut untuk menghentikan acara berkenaan yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Mereka membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah tersebut memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik. Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali, berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal.
AMK Pulau Pinang melalui kenyataan media oleh Naib Ketua Angkatan Muda, Dr. Afif menganggap kekecohan tercetus kerana tindakan penganjur yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat terutamanya di Taman Guar Perahu dan Penanti..
Read More >>