Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Phahrolrazi - Saya akur PAS Pusat nak pilih siapa MB

$
0
0

Phahrolrazi: 'Jawatan MB bukan hak milik sesiapa'


ROSLINDA HASHIM 19 Mac 2013 ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak berkecil hati sekiranya beliau tidak lagi tersenarai sebagai calon Menteri Besar, sekiranya jawatan itu tidak lagi disandang Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, beliau seolah-olah telah mendapat bayangan bahawa namanya tidak lagi berada di kedudukan teratas senarai berdasarkan kepada ‘cakap-cakap kedai kopi’ termasuk analisis yang dibuat beberapa blog tempatan.

“Nama saya sudah digugurkan sebagai calon menteri besar. Sudah tidak ada dalam senarai calon menteri besar akan datang,” katanya, ketika dihubungi.


Sebelum ini, Phahrolrazi selaku orang kedua tertinggi dalam Pas Kedah dan juga exco kanan adalah antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Azizan. Namun sejak tercetus konfrontasi terbuka melibatkan dirinya dengan Azizan tahun lalu, difahamkan, nama beliau sudah digugurkan.

Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah berkata, beliau tidak kecewa dengan ura-ura terbaru mengatakan antara calon menteri besar selain Azizan, adalah Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.

“Saya pun dengar cakap-cakap orang sahaja, bukan sumber Pas Pusat atau negeri. Apa pun saya tak rasa kecewa atau sakit hati sebab jawatan exco atau menteri besar bukan hak milik sesiapa dan tidak boleh tuntut atau minta. Calon itu dipilih Pusat,” katanya.

Ditanya siapa paling layak menerajui Kedah selepas PRU13, , Phahrolrazi berkata, selaku ahli parti, beliau bersedia menerima sesiapa sahaja yang dilantik kelak.

“Saya terima pilihan (Pas) Pusat. Jika ada desakan akar umbi mahu tukar menteri besar, terpulang pada Pusat,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707