Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

#LISTEN ...UUM Not for Universiti UMNO Malaysia..!!!

$
0
0
 

Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan HEP UUM yang tidak membenarkan Syeikh Zainul Asri menyampaikan ceramah dan menggantikan beliau dengan penceramah yang lain atas alasan yang tidak munasabah!

Beliau tidak dibenarkan memasuki kampus Sintok atas 'alasan' individu yang mempunyai jawatan dalam parti PAS.

Persoalannya kenapa Ustaz Fathul Bari yang merupakan CEO Ulamak Muda UMNO (ILMU) dibenarkan pula memasuki kampus semasa Student Leadership Camp (SLC) pada Februari lepas??!Adakah UMNO sebuah NGO??

Umum mengetahui Syeikh Zainul Asri yang merupakan Mudir Maahad Darul Hadis ialah seorang ulamak sufi, ceramah beliau langsung tidak bermotifkan politik. Beliau hanya menyampaikan ceramah yang berkaitan Rasululllah agar umat ini menyintai nabi kita.

Ini lah 'double standard' yang masih berlaku di IPTA di negara ini. Kami mengecam sikap HEP UUM yang tidak membenarkan kehadiran Syeikh Zainul pada saat-saat akhir walaupun sudah mendapat kelulusan. Sampai bila 'double standard' ini akan berlaku?

Mahasiswa/i UUM sudah penat dengan sikap HEP UUM. Sudahlah hak sticker pelajar disekat, kebajikan pelajar terabai, kehadiran Syeikh Zainul Asri pula dihalang! Situasi ini perlu diubah.

UUM stand for Universiti Utara Malaysia.
Not for Universiti UMNO Malaysia!
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707