Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Pertama kali dalam sejarah moden Malaysia, penggal parlimen dicukupi, Sebelum ini, sering didendangkan oleh PM yang memegang kuasa, kita perlukan mandat baru, kerana itu parlimen dibubarkan sebelum tempoh tamatnya. Tetapi kali ini, Najib kata kita tak perlu mandat sebab agenda transfomasi dan refomasi masih belum mencapai matlamat, otak kau Najib!
Siapa perlu transfomasi, siapa perlu refomasi? Yang sangat sangat diperlukan sekarang ialah kerajaan baru, kerajaan yang tidak melakukan trasfomasi dan refomasi, tetapi kerajaan yang tidak rasuah, tidak rompak harta rakyat sekalipun tanpa transfomasi dan refomasi. Tetapi Najib kata semuanya baik, semua cantik, negara tak perlu kerajaan baru kerana kerajaan yang ada sekarang sedia melakukan perubahan, perubahan otak kau, perubahan Rosmah adalah, dari mengaku menabung dari kecil kepada dipulangkan semula kepada syarikat pengeluar setelah dilihat besannya.
Najib terus menuduh pihak yang mencabarnya sebagai pihak yang akan menghancurkan negara atas alasan budak budak tadika. Pada Najib kerjasama PAS dengan DAP adalah satu dosa besar kerana DAP tidak akan membenarkan PAS melaksanakan hudud, sedangkan yang terjadi ialah kerajaan persekutuan yang ditabdir oleh UMNO yang memegang kuasa yang lebih banyak dari kerajaan negeri yang menjadi penghalang utama perlaksanaan hudud di Kelantan. Najib tak habis habis memperlekehkan PAS kerana menggugurkan cita cita perlaksanaan hudud dan diganti dengan negara berkebajikan kerana hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR. Tetapi Najib tak pula mengatakan mengapa UMNO enggan melaksanakan hudud.
Dasar lidah biawak, betul kata TGNA, Najib menipu untuk mengkaburi rakyat. Kalau Najib benar benar ikhlas dalam usahanya untuk melakukan perubahan sebenar dan mencapai status negara maju sudah tentu Najib akan melakukan perubahan kepada aspek utama penggerak ekomoni, sosial dan politik.
Perubahan yang amat diperlukan rakyat tetapi tidak langsung disentuh dalam dasar transfomasi dan refomasi Najib ialah harga minyak yang masih menjadi belengu kepada indek harga pengguna dalam negara. Dengan indek harga yang masih tinggi, segala bantuan yang diperkenalkan Najib seperti BR1M dan BL1M tidak akan memberi apa apa kesan apatah lagi struktur cukai kerajaan yang membebankan rakyat, malah pemberian bantuan ini hanya menyebabkan sturktur cukai yang semakin meningkat saban tahun kerana kerajaan perlukan dana yang dibelanjakan kepada rakyat diganti. Selain itu, sistem saman turut menjadi alat kerajaan menggantikan dana bantuan yang diberi, akibatnya rakyat yang menerima bantuan terpaksa pula menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi,Mana ada transfomasi ekonomi macam ni? Najib tipu rakyat pada ketika dia masih enggan mengadakan pilihanraya walaupun penggal sudah atau hampir tamat.
Dari segi sosial pula, Najib perlu menghentikan semua aspek aspek hiburan yang digemarinya seperti k-pop, gangnam style dan dikir barat yang melalaikan, Najib perlu mengakui apa yang dusahakan oleh UAI adalah yang terbaik, Najib sepatutnya menyokong UAI kalau benar benar dia mahu melakukan transfomasi dan refomasi sosial sebagai langkah pembetulan kepada gejala sosial yang berlaku. Program pengimarahan masjid tidak perlu disekat atau diletakan syarat sebaliknya pengimarahan masjid mesti atas dasar haq atau benar dan kayu ukur kepada benar ini pula mestilah berdasarkan risalah ALLAH.
Dasar sosial yang paling utama ialah perlaksana hudud dan hukum Islam. Ramai pendakwah samada dari dalam negara atau luar negara menekankan perkara ini kalau mahu mengelakkan gejala sosial dari terjadi. Termasuk dalam golongan ini ialah Arwah Prof Ahmad Ibrahim, yang disifatkan anak melayu paling cerdik oleh Mahathir. Najib perlu segera mengakui saranan Arwah bukan setakat saranan tetapi Arwah sudahpun menyediakan laluan mudah untuk perlaksanaan hudud, tinggal lagi, Najib perlu melakukan sedikit pengubah suaian terhadap perlembagaan negara. Najib tidak sepatutnya menjadikan kegagalan UMNO memperolehi majoriti 2/3 dalam parlimen sebagai alasan tidak mahu mengubah perlembagaan bagi membolehkan hudud dilaksanakan sebaliknya Najib perlu bekerja keras menyakini semua pihak akan kebaikan hukum Islam untuk semua, bukan sahaja kepada orang Islam malah kepada bukan Islam juga.
Itupun kalau Najib betul betul ikhlas dalam dasar transfomasi dan refomasinya. Apa yang dapat dilihat ialah ketidakikhlasannya dalam mengamalkan konsep wasatiyah kerana amalan wasatiyah Najib mengabaikan suruhan ALLAH sebaliknya bersungguh sungguh mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH tetapi dengan cara yang memalukan umat Islam. Inilah masalah besar kepada dasar transfomasi dan refomasi Najib yang nampak jelas cuma kosmetik sahaja dan dalam laungan semuanya baik baik di bawah pemerintahan UMNO, Najib masih gagal menjawab bila PRU 13?
Sementara trasfomasi dan refomasi politik yang amat amat perlu sekarang ialah mengadakan pilihanraya tanpa penipuan, sesuatu yang tidak mahu Najib lakukan, malah Najib menggerakkan pencacai pencacai dan samseng samseng upahannya membuat fitnah dan kacau. Najib tidak boleh berlepas tangan dengan semua tindakan pencacai dan samseng upahan mereka kerana sebagai pemimpin tertinggi, Najib bertanggungjawab penuh. Pendek kata tak perlulah Najib terus menipu rakyat dengan berselindung di belakang transfomasi dan refomasi kerana rakyat bukannya lembu yang dipelihara oleh NFC Ijat Jalil seperti pencacai dan samseng upahan itu. Kayu ukur sebenar kepada rakyat ialah keberanian Najib mengadakan PRU 13 yang sudah melampaui tempoh PM sebelumnya. Perkara ini mejadikan Najib seorang pengecut di mata rakyat sekalipun Najib membentangkan lapuran kosmetiknya."