Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Pandangan import baru Kedah dari kacamata jurulatih Mario Tot

$
0
0

WALAUPUN BERAKSI PADA DIVISYEN DUA LIGA CROATIA, PENYUDAHNYA MEMIKAT SAYA UNTUK MEMBAWANYA KE KEDAH

Photo: E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (103) Ahad, 25.3.2013 Wartawan: Bashah Zainol Abidin  Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin  WALAUPUN BERAKSI PADA DIVISYEN DUA LIGA CROATIA, PENYUDAHNYA MEMIKAT SAYA UNTUK MEMBAWANYA KE KEDAH  KETUA jurulatih pasukan Kedah, Mario Tot yang pulang ke Kedah Khamis lalu menepati janjinya dengan membawa penyerang Alen Guć dari Croatia untuk mengantikan tempat ChAyene Santos bagi memastikan masalah terbesar Pasukan Hijau Kuning untuk menepati sasaran akan berakhir ketika Liga memasuki pusingan kedua pada 12 April depan.  Menurutnya, Alen adalah seorang pemain berpengalaman dan dia juga sudah beraksi pada divisyen satu Liga Croatia selama lima tahun dan beraksi bersama kelabnya di bahagian dua selama lima tahun lalu.  “Penyudahnya memikat saya untuk mendapatkannya sebagai penyerang Kedah yang menjadi punca Pasukan Hijau Kuning terpaksa berada di tempat keempat pada tangga Liga Premier ketika ini dan kehadiran penyerang dari Croatia ini bakal melupuskan segala masalah menepati sasaran oleh pasukannya.  “Sebelum datang ke Alor Star, Alen berjaya menjaringkan empat gol pada tiga perlawanan dan dia juga berjaya menjaringkan 27 gol pada 30 perlawanan bersama kelabnya di bahagian dua musim lalu.  “Ini bukan pertama kali saya mengenali Alen tetapi sudah bertahun saya mengenalinya dan yakin pengalaman dan kemantapannya sebagai seorang penyerang yang berumur 31 tahun mampu membantu Kedah mencapai hasrat menjuarai Liga Premier musim ini,” kata Tot.  Katanya, beliau juga terharu dengan sambutan yang di berikan oleh ratusan peminat setia Pasukan Hijau Kuning ketika mereka menyambut barisan pemain kesayangan mereka di Stargate Tesco, Alor Star, semalam dan yakin semangat yang di pamerkan oleh peminat setia pasukan mampu membangkitkan semangat pemainnya bagi meningkatkan lagi prestasi mereka ketika bertemu Sarawak di Kuching pada 29 Mac depan.  “Petang ini kita akan bertemu Perak di Ipoh dan saya akan memberi peluang kepada Alen untuk merasakan keadaan panas dan juga turut merasai corak permainan yang di amalkan oleh kita di sini. Alan memberitahu saya bahawa dia terasa begitu letih dan cuaca panas juga membuatnya cepat penat tetapi dia akan mengatasinya secepat mungkin.  “Kesemua pemain akan di beri peluang ketika kita bertemu Perak dan saya akan menilai prestasi mereka untuk menamakan kesebelasan utama saya ketika bertemu Sarawak pada Liga Premier Jumaat ini. Inilah peluang terbaik bagi barisan pemain Kedah untuk membuktikan keupayaan mereka supaya dapat berada dalam kesebelasan utama.  “Saya hanya akan memilih kesebelasan terbaik bagi memastikan kita mampu meraih mata penuh ketika bertemu Sarawak kerana inilah sahaja jalan untuk memastikan kita terus merapatkan lagi jarak perbezaan mata berbanding pendahulu liga ketika ini iaitu KL Sime Darby FC dan juga Sarawak dengan lima mata,” kata Mario.  END. #iamhijaukuning © Media KFAKETUA jurulatih pasukan Kedah, Mario Tot yang pulang ke Kedah Khamis lalu menepati janjinya dengan membawa penyerang Alen Guć dari Croatia untuk mengantikan tempat ChAyene Santos bagi memastikan masalah terbesar Pasukan Hijau Kuning untuk menepati sasaran akan berakhir ketika Liga memasuki pusingan kedua pada 12 April depan.

Menurutnya, Alen adalah seorang pemain berpengalaman dan dia juga sudah beraksi pada divisyen satu Liga Croatia selama lima tahun dan beraksi bersama kelabnya di bahagian dua selama lima tahun lalu.

“Penyudahnya memikat saya untuk mendapatkannya sebagai penyerang Kedah yang menjadi punca Pasukan Hijau Kuning terpaksa berada di tempat keempat pada tangga Liga Premier ketika ini dan kehadiran penyerang dari Croatia ini bakal melupuskan segala masalah menepati sasaran oleh pasukannya.


Photo
“Sebelum datang ke Alor Star, Alen berjaya menjaringkan empat gol pada tiga perlawanan dan dia juga berjaya menjaringkan 27 gol pada 30 perlawanan bersama kelabnya di bahagian dua musim lalu.

“Ini bukan pertama kali saya mengenali Alen tetapi sudah bertahun saya mengenalinya dan yakin pengalaman dan kemantapannya sebagai seorang penyerang yang berumur 31 tahun mampu membantu Kedah mencapai hasrat menjuarai Liga Premier musim ini,” kata Tot.

Katanya, beliau juga terharu dengan sambutan yang di berikan oleh ratusan peminat setia Pasukan Hijau Kuning ketika mereka menyambut barisan pemain kesayangan mereka di Stargate Tesco, Alor Star, semalam dan yakin semangat yang di pamerkan oleh peminat setia pasukan mampu membangkitkan semangat pemainnya bagi meningkatkan lagi prestasi mereka ketika bertemu Sarawak di Kuching pada 29 Mac depan.

“Petang ini kita akan bertemu Perak di Ipoh dan saya akan memberi peluang kepada Alen untuk merasakan keadaan panas dan juga turut merasai corak permainan yang di amalkan oleh kita di sini. Alan memberitahu saya bahawa dia terasa begitu letih dan cuaca panas juga membuatnya cepat penat tetapi dia akan mengatasinya secepat mungkin.

“Kesemua pemain akan di beri peluang ketika kita bertemu Perak dan saya akan menilai prestasi mereka untuk menamakan kesebelasan utama saya ketika bertemu Sarawak pada Liga Premier Jumaat ini. Inilah peluang terbaik bagi barisan pemain Kedah untuk membuktikan keupayaan mereka supaya dapat berada dalam kesebelasan utama.

“Saya hanya akan memilih kesebelasan terbaik bagi memastikan kita mampu meraih mata penuh ketika bertemu Sarawak kerana inilah sahaja jalan untuk memastikan kita terus merapatkan lagi jarak perbezaan mata berbanding pendahulu liga ketika ini iaitu KL Sime Darby FC dan juga Sarawak dengan lima mata,” kata Mario.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFA
e-berita dari pasukan hijaukuning dengan sentuhan wartawan sukan, Bashah Zainol Abidin
by: Persatuan Bolasepak Kedah - KFA -

E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (103) Ahad, 25.3.2013
Wartawan: Bashah Zainol Abidin
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707