Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Isu Culik Pharol - Sekolah nafi tohmahan

$
0
0
nURUL FATIHAH SULAINI
24 Mac 2013
Sekolah nafi tohmahan
Gambar sekolah yang dikatakan menjadi tempat Phahrolrazi dikurung.

 
Nasir Othman ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menerima layanan mesra seperti hubungan akrab 'adik dan abang' sepanjang berada di Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar Yan.

Situasi harmoni itu sekali gus menangkis tohmahan pelbagai pihak yang mendakwa Exco kerajaan negeri terbabit “diculik”, ditahan serta pintu pagar sekolah dikunci bagi menghalangnya pergi berceramah di kawasan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bekas pengetua sekolah berkenaan, Nasir Othman berkata, hubungan rapat antaranya dengan Phahrolrazi sudah sedia terjalin sejak berpuluh tahun lalu.

“Memang betul saya ada telefon sewaktu beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah di Kampung Kabu. Saya mintanya singgah sekejap di rumah yang berada dalam kawasan sekolah.

“Sewaktu kami berjumpa saya ada menasihati dan berbincang secara elok untuk kebaikan parti supaya beliau tidak pergi ke tempat ceramah anjuran orang persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Nasir yang juga Pengerusi Majlis Keluarga sekolah itu berkata, beliau berbuat demikian kerana mendapat maklumat awal kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini jika Phahrolrazi meneruskan hasratnya.

“Saya kemudian membawa beliau minum di bilik VIP kantin sekolah. Pintu waktu itu ditutup untuk mengelakkan bunyi bising kerana pada masa itu pelajar sibuk mengambil makanan malam masing-masing di kantin,” katanya.

Mengulas mengenai beberapa kenyataan di media dan blog mengenai pintu pagar dikunci sebaik sahaja Phahrolrazi masuk ke kawasan sekolah untuk mengelakkan beliau ke tempat ceramah itu, Nasir segera menafikannya.

“Apa hak saya untuk tahannya, dia ketua saya (Timbalan Pesuruhjaya I Pas) tidak ada alasan untuk saya berbuat demikian.

“Memang sudah menjadi peraturan di sekolah ini pintu pagar akan ditutup bermula dari 7 malam hingga 7 pagi kerana pelajar seramai 420 orang ada di kawasan sekolah.

Tindakan itu juga untuk memastikan kawasan sekolah selamat serta orang luar tidak boleh keluar masuk dengan bebas,” katanya.


Nasir berkata, Phahrolrazi berada di sekolah berkenaan kira-kira jam 9 malam dan bergerak pergi ke tempat ceramah sekitar 11 malam.

“Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang tidak benar sama sekali. Saya percaya isu ini sengaja dibesar-besarkan oleh individu yang cuba menimbulkan provokasi untuk kepentingan politik,” katanya.

Sebelum ini, Phahrolrazi dikatakan ditahan dan kemudian dikurung di bilik VIP kantin sekolah berkenaan bagi menghalangnya berceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan.

Selain dikurung dalam bilik berkenaan, ahli exco itu juga dikatakan tidak dapat keluar dari kawasan sekolah kerana pintu pagar dikunci dan dikawal beberapa lelaki yang menahannya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles