Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Buku Rekod YB-YB Sedang dinilai... Sudah Terlewat kah?!

$
0
0
Oleh: adi_jagat

Semua sedia maklum PRU13 akan diadakan dalam masa yang terdekat dan bila-bila masa saja... malah ada yang meramalkan minggu akhir MAC ni akan penuh dgn berita2 sensasi termasuk pembubaran bagi memberi laluan kepada PRU. Parti-parti bertanding juga da bersiap sedia dan ada yg telah membuka bilik gerakan dan markas pru. Lebih menarik masing masing da 90% selesai menentukan calun2.

Dalam masa yang sama jangan lupa rakyat di sana sini telah mula membuka buku rekod prestasi YB2 yang telah mewakili mereka sejak mac 2008 yang lalu. Sejauh manakah YB2 mereka pilih dapat menyelesaikan masalah masalah yg mereka kemukakan atau apakah pelan dan janji YB2 ini telah ditepati. Di warung-warung kopi, dimasjid dan surau, dikenduri kendara topik yg hangat waktu ini ialah tarikh pru dan calun yang akan terpilih. Ada bakal2 calon da melobi sejak 2012 lagi untuk memenangi hati pucuk pimpinan masing masing. Yang pasti isu pemilihan ini juga akan menimbulkan 1001 masalah.

Bagi rakyat terbanyak, parti calon tak penting asalkan mereka dapat membuat kerja dgn penuh ikhlas dan amanah. Sentimen parti walaupun masih wujud tetapi calon-calon yang wibawa dan berintegriti mesti menjadi pilihan pengundi. Dengan perkembangan media sosial yang pesat rakyat telah terasuh minda mereka yang lebih terbuka dan matang. Bagi YB2 yang terpilih dalam tempoh 5 tahun lalu mereka sepatutnya dah tahu kemampuan masing-masing dan membentangkan rekod kerja mereka kepada rakyat (kalau berani?).

Apakah masalah pembinaan jalanraya, pembuangan sampah, lampu pembinaan jalan2, projek2 pembangunan kampung, kesesakan jalanraya, kemudahan masyarakat setempat sehinggalah kepada isu2 kebangsaan yang mereka dapat atasi atau tindakan yang telah diambil. Apa guna menjadi YB kalau masalah2 asas kawasan yang mereka wakili pun gagal diberi perhatian. Apa lagi kalau YB2 yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan (baik dari bn atau pr) pastinya akan dihukum oleh pengundi yang sebelum ini memilih mereka. Ada baiknya mana2 YB yang tahu rekodnya buruk menarik diri awal2 daripada membebankan parti apabila kalah dalam pru 13 nanti.

Pertembungan yang sengit dalam pru13 nanti pasti membuka lembaran baru politik negara terutama soal pemilihan calon2 YB. Percayalah pengundi hari ini sudah jauh berubah berbanding nostalgia 20 tahun dahulu. Pak cik makcik di kampung pun semua dah ada henfon canggih2, tv satelit dan galaxy dan tab! SELAMAT MENGUNDI PRU13...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707