Oleh: senik
Assalamualaikum,,.. Mendengar ada ADUN yang menang saman fitnah terhadap RTM, penulis terus surfing untuk mendapatkan berita penuh mengenainya.

Awalnya penulis terfikir ADUN berkenaan menang saman sebanyak RM150 ribu terhadap RTM, yang bermakna wang pembayar cukai yang akan digunakan untuk membayar saman tersebut.Kalau perkara ini terjadi, malanglah pembayar cukai dek perbuatan tidak bermaruah kakitangan RTM, penulis sama sekali tidak menyalahkan ADUN tersebut. Tetapi setelah membaca berita lengkap mengenainya, barulah penulis sedar bahawa yang disaman oleh ADUN tersebut bukan RTM tetapi kakitangan yang terlibat dalam konspirasi menfitnahnya. Lalu penulis berkata dalam hati, syabas YB Nasir Mustafa "
Berita dari mahkamah menyebut :
"Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu".
"Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu".
Akibatnya, kakitangan yang terlibat yang diarahkan membayar saman, padan muka kamu semua, kerja di RTM itu bukan untuk membuat fitnah kepada orang lain.
Sementara YB Nasir tidak gopoh untuk mengemukan saman, biasanya dalam kes sebegini, majikan (RTM) yang akan disaman tetapi berbeza dengan kes ini, dan yang menariknya, masih boleh menang saman.Kaki tangan tersebut sepatutnya boleh mengemukan hujah bahawa mereka cuma bekerja di RTM dan sebarang salah laku mereka RTM yang tanggung.Tapi mana hujah ini?
Walaupun penulis tidak tahu apa sebenarnya berlaku ketika perbicaraan tetapi yang penting, keempat empat kakitangan yang disaman itu diarahkan membayar saman tersebut termasuk kos guamannya sekali.Ternyata mereka tidak boleh melepaskan diri dan nampaknya kerajaan Malaysiapun tak boleh tolong mereka.
Walaupun penulis tidak tahu apa sebenarnya berlaku ketika perbicaraan tetapi yang penting, keempat empat kakitangan yang disaman itu diarahkan membayar saman tersebut termasuk kos guamannya sekali.Ternyata mereka tidak boleh melepaskan diri dan nampaknya kerajaan Malaysiapun tak boleh tolong mereka.
Bagaimana mereka hendak bayar saman itu cerita lain. Yang penting semua cerita yang disiarkan mereka di kaca TV adalah fitnah yang jelas, tuduhan yang melulu dan rancangan TV yang tidak beretika!