Negeri Kelantan diperintah oleh PAS/Pakatan. Keluasannya ialah 1,510,462 hektar. Baki Tanah Simpanan Melayu (TSM) di negeri itu berjumlah 1,307,153.4 hektar. Jumlah itu bersamaan dengan 86.4 %.
Negeri Johor diperintah oleh UMNO/BN. Keluasannya ialah 1,898,688 hektar. Baki TSM di negeri itu berjumlah 195,262.42 hektar. Jumlah itu bersamaan dengan 10.28 % sahaja.
PAS tidak pernah menyifatkan dirinya sebagai pejuang Melayu. Namun demikian, berjaya memelihara TSM dengan rekod yang sangat cemerlang. UMNO sentiasa berteriak bahawa merekalah pejuang Melayu. Teriakan itu ternyata palsu apabila mereka telah mengkhianati Melayu dengan mengorbankan TSM.
Fakta yang dikemukakan di atas dengan sendirinya menunjukkan siapa yang sebenarnya mentransformasikan dirinya menjadi petualang kepada orang Melayu. Masihkah orang Melayu di Malaysia mahu menyokong UMNO dalam PRU Ke-13 nanti? Hentikanlah. Ini kalilah