![]() |
Mendengar taklimat keperluan perkhidmatan dan sumbangan serta gerakkerja bantuan amal kepada 4 pusat penempatan sementara di Lahad Datu daripada Kol PA Abdul Wahab di Kem Pertahanan Awam Desa Kencana Felda Sahabat. |
![]() |
Mendengar taklimat gerakan bantuan amal oleh Sdr Lahirul Latigu Ketua DPPN Sabah di Masjid Cenderawasih Felda Sahabat Lahad Datu Sabah. |
![]() |
DPPM menyampaikan sumbangan orang ramai kepada hampir 1500 orang penduduk yang dipindahkan ke 4 kem penempatan sementara melalui Jabatan Pertahanan Awam untuk agihan. |
![]() |
Menziarahi seorang anak muda yang mengalami demam campak di kem penempatan sementara Cenderawasih. |
![]() |
Menziarahi kaum ibu yang tabah menghadapi situasi getir sedang menidurkan anak - anak kecil mereka di satu sudut penempatan Cenderawasih Lahad Datu Sabah. |
![]() |
Bergambar kenangan bersama seorang anak kecil dari kalangan ribuan penduduk yang ditempatkan di pusat penempatan sementara Cenderawasih. DPPM bersama DPPN Sabah menyampaikan sumbangan dan amanah orang ramai kepada keluarga yang terpaksa ditempatkan di sini sejak 4 minggu yang lalu |
![]() |
Sekitar jam 10.30 malam, kami masih di Felda Sahabat Lahad Datu dan berkesempatan menghantar buah tangan berupa air minuman tenaga kepada anggota polis yang sedang berkawal di sekitar kawasan merah. Semoga anggota polis kita terus cekal dan tabah memelihara kedaulatan negara. |
dari : Nasrudin Hassan's Page