Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Najib nie penakut punya pasai sampai perlekeh kuasa Yang Dipertuan Besar N.Sembilan

$
0
0
Najib perlekeh Yang Najib perlekeh Yang Dipertuan Besar N Sembilan


KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan MenteriBesar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan yangmembiarkan Dun negeri itu terbubar dengan sendiri pada 28 Mac lalu, seolaholeh sengaja memperlekeh peranan dan bidang kuasa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir.

Kuasa membubarkan Dun Negeri Sembilan terletak di tangan Yang Dipertuan Besar selaku ketua negeri, tetapi tindakan Najib dan Mohamad yang membiarkan Dun negeri itu terbubar secara automatik menyebabkan peranan Yang Dipertuan Besar tidak diendahkan untuk pembubaran Dun negeri itu.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, Najib dan Mohamad tidak sepatutnya membiarkan Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri. Sebaliknya, ujar beliau, mereka perlu mengadap Yang Dipertuan Besar pada waktu yang sewajarnya bagi mendapatkan perkenan baginda membubarkan Dun.

Menurut beliau, ini sejajar dengan fungsi dan peranan Yang Dipertuan Besar yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Dun jika dicadangkan oleh Menteri Besar seandainya Dun tidak terbubar dengan sendirinya.

Dr Hatta berkata, apabila Dun terbubar dengan sendiri, Mohamad selaku Menteri Besar negeri itu tidaklagi perlu mengadap Yang Dipertuan Besar untuk memaklumkan tentang cadangannya membubar Dun dan tidak perlu mendapatkan perkenan baginda bagi tujuan itu.

“Jadi tindakan Dato’ Seri Najib dan Mohamad itu yang biarkan Dun terbubar sendiri menunjukkan mereka tidak menghormati institusi Rajaraja Melayu kerana kuasa membubarkan Dun terletak atas kuasa Raja-raja, Sultan atau Yang Dipertuan Besar selaku ketua negeri,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, tindakan Najib dan Mohamad itu boleh dilihat sebagai satu tindakan mengenepikan peruntukan undang-undang dalam perkara itu. “Alangkah manisnya kalau Najib memberikan cadangan kepada Mohamad supaya mengadap Yang Dipertuan Besar paling lewat dua minggu atau seminggu sebelum Dun terbubar sendiri.

“Dengan itu tidaklah nampak sangat mereka memperlekehkan peranan Yang Dipertuan Besar, khususnya untuk mendapatkan suara terakhir baginda bagi pembubaran Dun,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707