Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Perintah negara sekadar transformarsi 10 minit...!

$
0
0
Transformasi "10 Minit.

a] Kerajaan UMNO dan BN kelihatan makin tertekan malah kian terdesak apabila hanya "mampu" memperuntukkan 10 minit, pula dalam bentuk rakaman kepada parti politik untuk menjelaskan manifesto.

b] DPPM melihat ini sebagai klimaks sandiwara yang menyingkap realiti sebenar kedudukan UMNO dan BN mendepani PRU 13. Sungguh melucukan. Iklan dan hiburan sahaja lebih separuh dari waktu siaran televisyen, tiba - tiba manifesto sebuah parti yang berjuang untuk membentuk polisi dan dasar sebuah kerajaan hanya diberi masa 10 minit dan hanya dalam format rakaman.

c] Kebebasan media makin merosot, keyakinan diri UMNO dan BN makin luntur, keberanian berhujjah makin merudum. Sewajar mendepani pilihanraya umum, pembentangan dan perbahasan manifesto menjadi topik utama untuk dinilai oleh rakyat secara telua dan adil.

d] 10 minit masa yang diperuntukan oleh Kerajaan UMNO dan BN untuk pembentangan manifesto di RTM adalah satu langkah merendahkan nilai dan menafikan tahap intelektual rakyat

Nasrudin Hassan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707