Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Salahudin bedepan dengan Nur Jazlan di Pulai

$
0
0

PECAH BERITA! Salahuddin Ayub Lawan Nur Jazlan Di Pulai!


Sebentar tadi, saya menerima perkembagan terbaru nun di selatan tanah air yang kini diserang bertubi-tubi Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan DAP.

Setelah Isnin dua minggu lalu, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang disahkan bertanding di Gelang Patah, hari ini spekulasi di mana Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan berentap kini berakhir!

Ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan itu yang kembali ke negeri asalnya sudah sah akan bertanding di Pulai dan lawannya dijangka penyandang kerusi, Nur Jazlan Mohamaed yang juga pengerusi Penguasa Pembangunan Bandar (UDA).

Nur Jazlan merupakan anak bekas menteri penerangan, allahyarham Mohamed Rahmat yang juga pemegang kerusi tersebut semasa hayatnya.

Bagaimanapun Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan sama ada Nur Jazlan dicalonkan semula atau tidak kerana desas bin desus mengatakan dia bakal digugurkan kerana gagal mencapai prestasi petunjuk (KPI) yang dibuat perdana menteri, Najib Altantuya.

Salahuddin berpeluang merampas kerusi tersebut dari tangan Umno kerana kerusi Pulai merupakan komposis pengundi bercampur.

Parlimen Pulai mempunyai 51 peratus pengundi Melayu, 39 peratus Cina dan selebihnya kaum India yang mana pengundi Cina dijangka mengundi untuk Salahuddin hingga 80 peratus.

Jika dahulu, parlimen Pulai menyaksikan calon PAS hilang wang deposit tetapi dalam pilihanraya umum lalu, BN sendiri tidak menyangka calonnya, Abdullah Ideris mampu memperolehi 18 ribu undi atau lebih 44 peratus, satu pencapaian cemerlang menandakan rakyat Johor sudah mula menolak taboo hanya BN yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Walaupun Nur Jazlan menang besar dengan majoriti lebih 20 ribu undi pada pilihanraya umum lalu, ia tidak boleh dijadikan ukuran sokongannya kerana jentera PAS yang mewakili Abdullah kurang berkesan.

Dengan keputusan ini, ini bermakna satu lagi kerusi panas akan menjadi tumpuan seluruh negara sama ada Nur Jazlan mampu mempertahankan kerusi 'warisan bapanya' atau gagal menghalang kemaraan Salahuddin dan Pakatan Rakyat yang kini menjadikan Johor serangan terbesar mereka setakat ini.

PAS negeri sudah bekerjasama dengan KEADILAN dan DAP bagi memastikan Salahuddin menang di Pulai walaupun berhadapan dengan sesiapapun dari pemimpin Umno BN.

Setakat ini, perancangan untuk menawan Pulai masih dirahsiakan namun dijangka pengumuman rasmi akan dibuat Presiden PAS sendiri, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam tempoh terdekat.

Gerak kerja yang dilakukan pasukan Salahuddin kini semakin diterima penduduk setempat manakala Nur Jazlan yang masih menunggu pengumuman rasmi Najib Altantuya cuma mengharap agar dicalonkan semula kali ini.

Sama-samalah kita berusaha agar Salahuddin menang dan mampu memberi khidmat terbaik kepada pengundi Pulai seperti mana yang dilakukannya kepada penduduk Kubang Kerian selama ini.

Tahniah Salahuddin, Ini Kali Lah!

JALAN PULANG

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707