Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Nak sambut TUN punya pasai nilai RM30 dan Tinggalkan Solat di gadaikan..

$
0
0
Murahnya nilai solat bagi biker di Johor Bahru
Oleh Emjay

Semalam adalah hari Ahad 31 Mach 2013. YB Pulai Dato' Nur Jazlan Mohamed mengadakan program Bicara Perdana Bersama mantan PM Malaysia Tun Dr Mahathir di Projek Perumahan (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru berlangsung di sebelah malam.

Saya sebagai anggota kelab bermotorsikal Bladerider dan Johor Biker menerima pemberitahuan melalui SMS berbunyi :

"Salam. Program menyambut Tun Mahathir pada hari ini 31 Mac jam 6.45 ptg. Tempat berkumpul di Shell Denai, Jalan Kempas. Harap Maklum".

Dua hari sebelum itu pun saya sudah dimaklumkan oleh pengerusi Bladerider agar ahli kelab yang ada kelapangan untuk menyertai program menyambut Tun Mahathir. Setiap peserta dijanjikan akan dibayar token sebanyak RM30.00.


Seumur hidup saya memang tidak pernah berminat untuk terlibat dalam program seperti ini apatah lagi menyambut seseorang yang saya banyak bertentangan pendapat. Namun atas dasar lain iaitu antaranya untuk melihat bagaimana respons biker lain dan untuk tujuan-tujuan lain maka saya luangkan masa untuk menyertai konvoi motorsikal berkuasa tinggi mengiringi Tun Mahathir ke Majlis yang dianjurkan oleh Dato' Nur Jazlan Mohamed.

Pagi Ahad 31 Mac 2013 saya telah memberitahu isteri saya hasrat saya berkonvoi mengiringi Tun Mahathir. Isteri saya tergelak dengan hasrat saya memandangkan saya bukan sekepala dengan Tun Mahathir. Pukul 6.00 ptg isteri memanggil saya untuk makan malam memandangkan pada malam nanti saya sibuk berkonvoi motorsikal.

Pukul 6.25 ptg saya bersiap-siap dengan kelengkapan jaket, sarung tangan, helmet fullface dan tidak ketinggalan sehelai sejadah dan bekalan air minum. Saya bergerak menuju Shell Denai Jalan Kempas untuk menyertai konvoi motorsikal berkuasa tinggi mengiringi Tun Mahathir.

Apabila sampai di sana saya lihat sudah ramai para biker sedang berehat berkumpul bersedia untuk menerima arahan selanjutnya. Dalam perkiraan saya tidak kurang dari 50 biker sudah berkumpul. Ada yang bersendirian, ada yang bawa isteri dan ada yang bawa anak. Saya cuba melihat sekeliling untuk mencari biker dari kelab Bladerider ddan Johor Biker. Saya tak nampak seorang pun anggota dari kelab-kelab tersebut. Ramai yang datang dari pelbagai kelab lain, ada yang datang dari Kota Tinggi dan ada yang datang dari Pasir Gudang. Tidak ketinggalan juga ada biker yang tidak memasuki mana-mana kelab. Mungkin ramai yang sudi berkumpul untuk mengiring Tun Mahathir atas dasar mereka sayang Tun Mahathir dan mungkin atas tarikan RM30.00 yang dijanjikan oleh penganjur.

Motorsikal terus datang berkumpul menyertai kami. Kemudian saya bertemu dengan 6 orang biker dari Bladerider dan beberapa biker dari Johor Biker. Kami bersembang berbagai topik terutama sekali tentang politik dan hari pembubaran parlimen. Sedarlah saya bahawa ramai ahli bladerider yang sekadar nak berkumpul beramai-ramai dan bukan kerana RM30 dan bukan kerana cinta kepada Tun Mahathir. Hari semakin menjelang senja dan saya merancang untuk solat berjemaah dengan rakan dari Bladerider. Saya mengeluarkan sejadah saya dan meletakkan disatu ruang yang sesuai ditengah-tengah kumpulan biker dan saya memulakan azan mengajak para biker untuk solat maghrib berjemaah kerana tiada surau di Shell Denai Jalan Kempas. Rakan Biker dari Bladerider membawa kepingan kotak kertas untuk dijadikan alas bersolat. Bila dah bersedia lalu saya meminta salah seorang untuk iqamah lalu kami semua pun solat maghrib berjemaah.

Apa yang sangat menarik untuk saya ketengahkan kali ini ialah dari begitu ramai biker, yang solat berjemaah adalah sekadar 7 orang. Yang lainya sekadar memerhatikan kami solat berjemaah. Seandainya kumpulan biker semua berjumlah melebihi 60 orang, maka yang solat berjemaah adalah kira-kira 10% sahaja. Sekiranya para biker lain adalah dari luar mukim maka saya bolehlah mengandaikan bahawa ramai daripada mereka nak solat Jamak Qasar Takhir.

Kira-kira pukul 8.00 mlm kami semua diminta bersedia “ON THE BIKE” untuk bergerak ketempat menunggu ketibaan kenderaan Tun Mahathir. Di satu tempat berhampiran tapak majlis, kami semua berhenti menunggu ketibaan kenderaan Tun Mahathir. Kami semua diberikan pengikat kepala bertulis “PEMUDA BN”, lencana BN dengan gambar Dato’ Nur Jazlan serta bendera BN. Tidak mengapalah bukannya berdosa pun. Saya yang dah lebih setengah abad mengikat pengikat kepala di hadapan motorsikal saya dan tidak ketinggalan meletakkan bendera BN.

Kira-kira pukul 8.30 mlm para petugas dan polis trafik mengarahkan kami bergerak dan bersedia dalam formation untuk mengiringi kenderaan Tun Mahathir. Kami semua patuh dan sesudah selesai tugas kami, para biker diarahkan berkumpul di satu kawasan. Kami semua berkumpul dan para biker menanti RM30 sebagaimana dijanjikan. Sementara menunggu RM30, kami semua diberikan botol air mineral bertulis Hotel Grand Paragon, mungkin sumbangan dari Hotel Grand Paragon.

Jam sudah melewati 9.00 malam dan akhirnya Setiausaha Bladerider En Mahathir mengedarkan token tetapi walaupun dijanjikan RM30 seorang, kami hanya diberikan RM10 seorang. Dalam perjalanan saya untuk menunggang motorsikal pulang kerumah, saya melewati Pengerusi Johor Biker dan dia memanggil saya dan menghulurkan sekeping wang RM10.00. Alhamdulillah saya beruntung kerana datang mewakili dua kelab bermotosikal maka saya dapat RM20.

Apa yang ingin saya ceritakan ialah mudahnya orang berjanji dan mudahnya orang mungkir janji. Bila berceramah politik berkempen untuk dipilih, orang suka menabur janji tetapi bila sampai kepada menunaikan janji, sukarnya mereka menunaikan janji.

Daripada peristiwa pengalaman saya kali ini, berikut adalah rumusan yang boleh saya catatkan:

1. Ramai orang Melayu suka berkumpul (termasuk saya) kerana saya tidak melihat satu pun biker dari kaum Cina dan India.

2. Sanggup mengorbankan masa, peluh, wang ringgit dan yang paling utama sanggup mengorbankan SOLAT untuk sesuatu perkara yang tidak berfaedah.

3. Dengan umpan RM30 sudah berjaya mengumpulkan sekian banyak biker.

4. Puak ini masih suka berjanji tetapi sukar untuk menunaikan janji. Janji token RM30 tetapi apabila pembayaran hanya RM10 diberikan.
Sekian coretan untuk kali ini.

Emjay
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3679

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707