
(Najmi [dua dari kanan] dan Zamri [kiri sekali] diperkenalkan
sebagai bakal-bakal calon PAS hari ini)
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

(Wartawan dari pelbagai media memenuhi Pusat Media PAS hari ini)
Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Ia dibuat dalam satu sidang media yang dibuat di Pusat Media PAS yang baru dibuka oleh beliau hari ini.

(Sidang media PAS hari ini)
Ustaz Hadi turut mengumumkan penyertaan bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman ke dalam PAS.
Lebih 50 wartawan dan jurugambar memenuhi Pusat Media PAS yang disediakan khas untuk kemudahan wartawan menjalankan tugas itu.
Ustaz Hadi ketika mengumumkan bakal-bakal calon itu berkata, calon-calon lain akan diumumkan oleh PAS dari masa ke semasa.
"Untuk hari ini PAS umumkan tiga calon idahulu, calon-calon lain akan diumumkan selepas pembubaran Parlimen," katanya.
Najmi, 62, yang merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 28 tahun sebelum bersara pada tahun 2006.