Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Jangan kata MB saja yang harap tak berlaku pertembungan 3 penjuru.. kami dibawah nie pon sama lah juga..!!

$
0
0
PRU: MB Kedah harap tidak berlaku pertembungan antara komponen Pakatan
Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap tidak berlaku pertembungan antara parti-parti dalam pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Kedah nanti.

"Perundingan (nama calon) masih berjalan di peringkat tertinggi...Saya harap ia boleh diselesaikan secepat mungkin sebelum  hadapi PRU, kalau ada tak puas hati, bagi puas la, saya tak mau kacau rumah orang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada sekolah-sekolah Tamil di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu pernah berlaku pada PRU 2008 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Derga yang membabitkan calon  daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik semalam bahawa  pertembungan tiga penjuru di kawasan Parlimen dan Dun di Kedah pada PRU nanti mungkin akan berlaku.


Ini berikutan tindakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama calon PKR bagi Parlimen Alor Setar pada  Ahad, sedangkan DAP berkeras mahu bertanding di situ.

Difahamkan DAP turut berminat dengan beberapa kerusi Dun dan Parlimen yang ditandingi PKR pada PRU 2008.

Pada pilihan raya umum lalu, kedua-dua calon PKR dan DAP, Cheung Khai Yan dan Teoh Teik Guan dikalahkan calon BN, Dr Cheah  Soon Hai. Cheung mendapat 6,353 undi, Teoh (2,095) manakala Dr Cheah (6,516).

Sementara itu, Azizan berkata Pas Kedah akan menerima sesiapa sahaja calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti itu di  eringkat pusat.

"Kita terima siapa (calon) yang pusat bagi, kalau pusat tak dak (tiada) calon baru kita bagi, kadang-kadang orang tak faham kata  kita dok atur.

"Contoh macam di Baling, selepas Ustaz Taib (Anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamudden Md Taib) sakit, kita setuju dengan  beberapa nama dan hantar ke Kuala Lumpur dan dipersetujui, tapi di saat akhir berubah," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Pas hari ini sebulat suara bersetuju menamakan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia  (ATM) Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad sebagai calonnya menggantikan Taib Azamudden di Parlimen Baling.

Keputusan itu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan Taib Azamudden mengalami masalah kesihatan  dan terpaksa berundur pada PRU akan datang. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707