Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Projek perumahan Bandar Sejahtera siap 85 peratus

$
0
0
POKOK SENA –  Kerja Pembinaan fasa satu zon satu Projek Pembangunan Bandar Sejahtera, di sini berjalan lancar dengan 85 peratus keseluruhan siap sekaligus menyangkal tohmahan projek berkenaan didakwa terbengkalai. 

Pengurus Besar Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd, Zairul Fazir Zakaria berkata, proses menyiapkan kerja-kerja akhir 128 unit rumah sedang rancak dilaksanakan sebelum diserahkan kepada pembeli dijangka sekitar Jun nanti.

Mengulas mengenai beberapa kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang  yang membangkitkan beberapa isu berhubung projek berkenaan, Zairul Fazir menegaskan terdapat fakta dikemukakan tidak benar.


“Projek ini tidak terbengkalai kerana kami melaksanakan secara berperingkat mengikut fasa dan zon. Namun mengakui berlaku sedikit kelewatan tempoh menyiapkannya kerana berdepan dengan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi serta keadaan cuaca,” ujarnya. 
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak Projek Pembangunan Bandar Sejahtera, di sini.

Menurutnya, walaupun perasmian dibuat pada 11 Januari 2010 oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak namun kelulusan tukar syarat tanah diperoleh pada 20 Oktober 2010, sementara STDC mendapat lesen pemaju pada 9 Februari 2011 sebelum dibuka penjualan kepada pembeli pada Mei 2011 bagi fasa satu zon satu.

Sebelum ini, Sinar Harian pada 6 Jun 2012 melaporkan, Keng Liang mendakwa Kerajaan Negeri gagal menunaikan janji mereka menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat walaupun sudah melancarkan Projek Perumahan Bandar Sejahtera, Pokok Sena, dua tahun lalu.

Sementara pada 13 Mac 2013, beliau menggesa Kerajaan Negeri memberi penjelasan berhubung kedudukan tiga projek perumahan membabitkan pembinaan 3,399 unit rumah mampu milik dan kos rendah yang diumumkan pada 2009 dan 2010.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707