Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Pakatan Rakyat Kedah akrab kekalkan kerajaan

$
0
0
Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Media arus perdana telah menjadikan perbezaan pandangan dan ura-ura pergeseran dalam Pakatan Rakyat sebagai bahan utama mereka, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

“Kita tengok contoh program-program kita mereka tidak peduli sangat. Tetapi kalau dia dapat kesan sedikit sahaja pergeseran atau perbezaan pandangan, itu akan diperbesarkan.

“Saya tengok dalam bab ini anak muda boleh menilai. Bila terlalu banyak berita-berita begitu, anak muda berfikir bahawa tak akan asyik berkelahi kita ini. Saya tengok anak muda ada pertimbangan dan insya-Allah dia lebih tertarik dengan kejayaan kita berbanding perkara yang dilaporkan media,” ujarnya.

Maklumnya, ana muda sebaliknya begitu menyedari usaha dilakukan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah banyak menjurus kepada sudut masa depan anak muda.


Contohnya ujar beliau, anak muda dapat melihat bahawa kepimpinan negeri begitu mengutamakan pendidikan.

Anak muda katanya, mempunyai ruang luas menimba ilmu dari institusi pondok hinggalah ke institut pengajian tinggi termasuk di luar negara dengan kemudahan, pembiayaan dan bantuan inisiatif dari kerajaan negeri.

“Kejayaan paling besar Kedah ini, alhamdulillah tidak ada isu rasuah. Jadi anak-anak muda hari ini yang hendak pemimpin berintegriti, maknanya dia boleh tengok semua itu ada depan mata. Walaupun mungkin secara langsung untuk dirinya tidak, tetapi sekurang-kurangnya inilah pemimpin yang dia cari untuk masa depan,” ujar Ustaz Ahmad optimis.

Bagi program-program untuk anak muda khususnya di bidang sukan, rekreasi, kebudayaan dan sebagainya, berlangsung lebih baik dengan galakan dari pihak kerajaan negeri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles