Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Ada Geng 36 dalam BN Kedah serta dengan panggilan "Misteri"...!!!!

$
0
0
Panggilan misteri, geng 36 dan si rambut merah
Oleh AZAMIN AMIN

http://3.bp.blogspot.com/-73sLWqs62ww/UUqVKhgG8kI/AAAAAAAAgHM/ZVprWKoyirc/s1600/ceramah+UMNO+kuala+krai.jpg
Gambar Hiasan Saja Nie
SEMAKIN dekat, semakin celaru. Itu tanggapan ramai terhadap Barisan Nasional (BN) yang tidak tentu arah menanti saat PRU13. Gerak kerja, tutur kata dan lakonan pemimpinnya semakin caca marba

Mutakhir di Kedah, sudah hampir sebulan sebilangan penduduk khususnya penjawat awam mendapat panggilan misteri. Suara lunak wanita hanya memperkenalkan diri sebagai pembuat kajian, kakitangan kerajaan dan adakalanya sebagai pelajar institusi pengajian tinggi.

Hampir majoriti panggilan mengemukakan soalan yang sama kepada terlibat iaitu antara perkataan mana yang paling diingati: 'Najib, 1Malaysia atau Barisan Nasional'. Di akhir perbualan, pemanggil misteri ini akan menanyakan sama ada BN mempunyai harapan untuk menang dalam PRU13 di kawasan masing-masing.


Kebanyakan penjawat awam yang mengadu, menganggap panggilan ini seolah-olah berbau ancaman dan ugutan secara tidak langsung memandangkan pemanggil ini telah pun mempunyai data peribadi dan alamat mereka sekali gus menceroboh hak peribadi penjawat awam tersebut.

Kes ini, bukan sahaja berlaku di Kedah tetapi difahamkan juga di Perak dan Pulau Pinang.

Di Kuala Kedah, BN telah memulakan ceramah kelompok hampir setiap minggu. Aneka penceramah ditonjolkan dan menariknya kini sebahagian besarnya kelihatan 'selesa' memakai ketayap putih, berbanding songkok hitam tinggi yang sudah hilang entah ke mana.Seperti dijangka, ceramah mereka tanpa fakta tetapi sekadar menyerang peribadi semata-mata dan lebih tertumpu kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Lebih istimewa ceramah mereka dihadiri oleh 'geng 36'. Bukan kongsi gelap tetapi gelaran diberi penduduk sekitar memandangkan hanya 36 orang sahaja yang taat 'setia' mendengar ceramah mereka, berbanding ceramah anjuran Pakatan Rakyat Kedah yang berasak hadirin menyertainya.

Risalah 'reverse psychology' parti lawan juga bertaburan di merata-rata dengan menggunakan lambang rakan-rakan Pakatan Rakyat. Ini termasuklah isu kalimah 'Allah' yang dicetuskan di samping konvoi bermotosikal sekitar Alor Setar dan Jitra.

Ironinya, baju wanita mereka tertera 'kalimah Allah' tetapi rambut merah mengerbang dengan susuk tubuh seksi memenuhi jalan raya sehingga menjadi cemuhan pengguna kenderaan yang terpaksa bersesak memberi laluan kepada mereka.

Beberapa  remaja lelaki ditemui menyatakan bahawa kesanggupan mereka memakai baju itu dan mana-mana baju yang diberikan oleh BN ialah kerana upahnya mencecah RM20 ke RM50.00 dan disertakan dengan minyak motosikal.

"Kami hanya pakai baju ni di rumah. Tak gamak di luar. Kami sarung ja, yang penting dapat duit. Apa yang depa cakap pun kami tak dengar dan banyaknya kami tak faham," kata salah seorang daripada mereka yang berambut panjang.

Media arus perdana yang kosong isu berterusan menyerang secara membuta tuli Pakatan Rakyat. Namun seperti kata Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak bahawa berita media sekarang oidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat kerana rakyat khususnya pembaca sudah cerdik dan mengetahui maklumat daripada pelbagai sumber.

"Takpa dah...orang sudah tahu surat khabar bohong. Orang dah ramai tak percaya," katanya ketika satu sesi wawancara dengan beliau oleh pengamal media tempatan di pejabatnya.

Selain itu, di beberapa tempat pembuangan sampah, kad merah Tahun Baru Cina kelihatan bersepah. Kad itu tertera ucapan selamat yang datangnya daripada Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah, Dato' Abdul Talib yang khabarnya mahu menjadi calon menentang PAS di Dun Kubang Rotan. Tidak diketahui sama ada disabatoj parti sendiri atau ada yang meluat menerima kad itu sehingga, senyuman gambarnya tidak memberi sebarang makna.

Bendera BN paling banyak dan menonjol sekali di sekitar Alor Setar, Jitra, Kuala Kedah dan tempat-tempat lain. Tetapi semuanya rapat-rapat dan sekata. Tidak boleh menandingi dari segi ketinggian bendera PAS di pacak di puncak dan kadang-kala di pasang di tempat yang tersangat tinggi sehingga menghairankan ramai akan kemampuan pihak memasangnya.

Teori kebanyakan orang di sini ialah bendera PAS di pasang oleh anak-anak muda yang berani dan bertenaga manakala bendera BN di pasang oleh golongan tua, sebab itulah rapat-rapat dan 'rendang' sahaja, malah paling banyak hanya berlegar di balai raya mereka sahaja.

Lebih mengejutkan, jawapan seorang pemerhati yang ditujukan kepada BN:" Biar menang bendera, walaupun kalah pilihan raya!"

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707