Oleh ARIF ATAN
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Rais sebagai menteri harus lebih rasional dan wajar malu dengan pelawaan mainmain itu pada ketika Umno- BN sudah 24 jam menguasai media perdana.
“Kita menolak bukan kerana angkuh. Kita sebagai parti berdaftar dan diterima rakyat ada maruah. RTM hak rakyat bukannya milik Umno-BN.
“10 minit itu cuma boleh siar dua lagu sahaja. Itu pun kalau lagu Melayu, kalau lagu Hindustan satu lagu saja.
“Tempoh itu langsung tidak munasabah untuk Pakatan Rakyat membentangkan manifestonya,” tegas beliau ketika dihubungi , Selasa lalu.
Pada 22 Mac lalu, Rais memberitahu pembentangan manifesto 10 minit itu akan dirakam terlebih dahulu tetapi kesemua komponen Pakatan Rakyat menolak pelawaan tersebut dua hari selepas itu.