Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Isu siapa bagi duit bina masjid pun nak kecoh.. yang jemaah tak pernoh masjid tak kecoh pula..?

$
0
0
Peruntukan ICU hanya RM2.5j
Peruntukan ICU hanya RM2.5j
Laporan Sinar Harian 3 April 2013.
 
SUNGAI PETANI – Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Peruda dekat sini kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang individu berhubung pembinaan masjid berkenaan yang tidak menerima ‘satu sen pun dari kerajaan negeri’.

Imam, Noh Mat berkata, kenyataan yang disiarkan pada 3 April lalu adalah tidak tepat dan mengelirukan khususnya berhubung kesalahan fakta terutama melibatkan jumlah peruntukan yang diterima dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU).

Menurutnya, individu itu sebenarnya tidak layak memberi kenyataan dan bukannya mewakili suara ramai selain tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Induk Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembinaan dan Dana, Datuk Md Jali Lateh.

“Beliau tidak wajar memberi kenyataan akhbar dan dakwaan peruntukan sebanyak RM2.8 juta dari ICU juga tidak tepat dan mengelirukan semua pihak,” katanya.

Selain itu, Setiausaha, Mohd Karim Ibrahim berkata, kos sebenar peruntukan yang diterima dari ICU ialah sebanyak RM2.5 juta dan ditambah hasil kutipan derma anak kariah sebanyak RM700,000 menjadikan masjid terbabit bernilai RM3.2 juta.

“Kami berpendapat kenyataannya tidak adil, memburukkan keadaan dan berbau politik. Seharusnya ia dilihat dari skop yang lebih luas dan saksama serta tidak mengeruhkan keadaan,” katanya.

“Selain itu, sumbangan idea dan kerjasama daripada Pejabat Agama Negeri Kedah dari segi kelulusan juga tidak harus diketepikan kerana dengan sokongan semua pihak membantu memastikan projek pembinaan masjid ini berjalan lancar sehingga siap sepenuhnya pada 16 Januari lalu,” katanya.

Menurutnya, majlis penyerahan masjid juga sudah dilakukan secara rasmi oleh pihak ICU kepada Jawatankuasa Kariah Masjid Taman Peruda pada 4 Mac lalu.

Sinar Harian 3 April lalu menyiarkan dakwaan seorang individu bahawa kerajaan negeri tidak menyumbang langsung walau satu sen pun ke atas pembinaan masjid berkenaan.

Individu itu yang dikenali sebagai Ishak Idris mendakwa dirinya antara Ahli Jawatankuasa (AJK) Pembinaan dan Dana Masjid Taman Peruda mengeluarkan kenyataan tidak tepat berhubung peruntukan ICU sebanyak RM2.8 juta.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles