Salam, Admin Minta tolong siarkan sangat-sangat ni,
demi maslahah umah sejagat...
Terlebih dahulu saya mengucapkan terimakasih pada sahabat saya seorang yang bergiat dalam jemaah tabligh kerana dapat info drpnya. Katanya dia telah beberapa kali menyuarakan masalah yang dihadapi kepada pihak berkenaan seperti Pejabat Buruh dan sebagainya mengenai pekerja-pekerja Islam di sebuah Kilang kayu yang agak terkenal di Sg. Petani dan sekarang telah berpindah ke Bukit Selambau .. Pekerja Islam tersebut ada terdiri daripada orang tempatan dan pekerja asing dari Bangladesh.
Dari maklumat yang kawan saya beri, pekerja islam tidak dibenarkan untuk solat zohor apabila masuk waktu di kilang berkenaan. Sesiapa yang ditangkap kerana menunaikan solat akan didenda RM 50.00. Kawan saya juga pernah beberapa kali memohon untuk bertemu pihak pengurusan bagi menyatakan pandangannya berkenaan hal tersebut, misalnya mengubah waktu rehat pekerja dari pukul 12.00 - 1.00 tgh kepada pukul 1.00 - 2.00 ptg bagi memudahkan pekerja untuk menunaikan solat zohor, namun permintaan ini tidak pernah dilayan.
Sebagai seorang islam di negara 1MALAYSIA ini, saya berasa amat malu dan kesal kerana negara kita masih lagi tidak mempunyai undang-undang dan peraturan khusus bagi menjamin pekerja-pekerja dalam menunaikan tanggungjawab mereka kepada agama Islam yang menjadi AGAMA RASMI di negara 1MALAYSIA ini.
Yang amat dikesalkan ialah dimana badan-badan NGO yang begitu lantang memperjuangkan agama dan bangsa, kalimah Allah dan sebagainya dalam hal-hal seperti ini.Saya percaya banyak lagi kilang-kilang yang beroperasi di Malaysia ini yang dimiliki oleh orang bukan Islam menindas umat umat Islam dalam menunaikan kewajipan beragama mereka.
Walaupun pekerja asing itu bukan rakyat Malaysia,namun mereka juga adalah muslim yang harus dibela. Janganlah kita sibuk nak tolong orang Islam di negara-negara lain seperti Palestin, Burma dan sebagainya sedangkan nasib orang Islam di negara 1MALAYSIA ini pun tidak terbela.
Harapan saya dan umat Islam yang lain, agar pihak-pihak berkuasa yang berkenaan seperti Maj. Agama Islam Kedah di bawah Agung sebagai Ketua Agama, Menteri Besar Kedah, Perdana Menteri 1MALAYSIA tampillah, siasatlah akan kebenaran hal ini. Kita tidak mahu semua umat islam menanggung dosa atas maksiat yang berlaku ini ATAU " INI KALILAH" kita pilih kerajaaan yang mampu untuk menjamin kesucian Islam dari terus dinodai......
Terima kasih kepada sahabat saya yang begitu gigih menjalan usaha dakwah dengan caranya sendiri, walaupun masih terdapat ramai ahli jemaahnya yang masih menyokong Parti ... Dot...Dot...
Bagi saya dakwah itu penting, sepenting peranan politik dan begitulah sebaliknya kerana melalui kuasa politik yang kita ada dan dengan pertolongan Allah kita mampu mengubah keadaan ini. Itulah keunikan PAS selain parti politik Pas juga adalah Parti Dakwah...
Wallahua'lam.....