
Inilah ironinya Barisan Nasional yang memerintah Sabah sekarang ini.
"Pendatang haram Sulu diberi Mycard (untuk) undi, tapi YB Tian Chua (gambar) dilarang masuk Sabah negara sendiri.." kata anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Meng.
"Say no to BN," tegas beliau yang sangat tidak senang dengan tindakan Imigresen Sabah menghalang Tian Chua memasuki negeri itu.
Naib presiden PKR Tian Chua diusir keluar dari Sabah selepas ditahan oleh pegawai imigresen lapangan terbang Kota Kinabalu semalam.
Dalam tulisannya di Twitter, Tian berkata beliau ditahan selepas mendarat sekitar jam 11.05 pagi di lapangan terbang itu.
"Saya diberitahu bahawa kerajaan Sabah mengeluarkan perintah menghalang kemasukan saya,” kata penyandang kerusi parlimen Batu itu.
Perkembangan itu berlaku selepas seorang ADUN Lahad Datu Nasrun Mansur menggesa agar Tian disenaraihitam daripada memasuki Sabah.
Nasrun, seorang menteri pembantu di jabatan ketua menteri berkata ia bagi menghalang Tian daripada menyebarkan “budaya yang tidak boleh diterima” di Sabah.